Tuesday 6 March 2012
Buih-buih itu sentiasa ada ...
apabila ombak menghempas kepantai .lalu ia mewujudkan dirinya
kerana sunatullah
dan begitu lah kejadian alam..
jika kau hampiri buih-buih itu kerana ingin melihat keindahan alam,
meninjau atau meneliti rahsia ciptaan tuhan
dipersilakan..
namun jangan sekali mendekatinya tanpa kesedaran..
kebatilan umpama buih-buih yang melanda pantai..
Jangan lah kau ayun langkah-langkah mu umpama kupu -kupu yang berterbangan ..
Lihatlah dirimu..
taman-taman itu telah lama lengang
sunyi dan telah kering bunga-bunga indah disini
kenapa tidak kau sirami... biar subur menghiasi bumi
basahi dengan titisan kasih niscaya akan kau lihat.
segalanya hampir punah
akan kau lihat kerosakan yang bakal menghinggap..
kembalilah..

0 comments:

Post a Comment