MENGAPA TERHIJAP?

Saturday 3 March 2012
Dinamakan manusia kalau dinasihatkan selalu saja menjawap"aku bukan malaikat"
tetapi perlukah kita mencari alasan untuk berbuat dosa dan kesalahan kerana kita manusia.
Lihat dan kita belajar dari segala pengalaman yang kita tempuhi atau dari insan disekeliling kita.Selalunya terhijapnya bantuan atau pertolongan Allah didalam perjuangan kita yang berbagai bentuk kerana tiada sifat taqwa.
Kerana dosa-dosa yang kita sedari atau tidak,dosa zahir atau bathin dan kerana kemurkaannya Allah ,maka Allah berlepas diri dan pertolongan atau kejayaan sering  dtersekat-sekat.


Sekiranya tanpa sifat taqwa tapi kita berusaha keras dengan gigih  dan berjuang hingga berjaya dimata manusia tetapi jika itu bukan kurnia  dengan keredhaan Allah kepada kita tapi dengan secara istidraj hasilnya tetap tidak berkah atau tetap kita tidak dapat menjadi insan yang bertaqwa atau berpegang teguh kepada ajaran Islam ,sebaliknya kita menjadi manusia yang angkuh dan keras hati.
Apakah artinya jika kita berada disituasi ini.


Islam itu agama yang selamat dan menyelamatkan dan kejayaan yang Allah redhai membawa berkat ,rahmat dan keampunan tetapi tanpa ilmu atau tiada jiwa bertauhidkan kepada Allah kita merasakan kejayaan dan kekayaan itu adalah apabila kita dapat menunjuk-nunjuk kepada sesama manusia.
Keredhaan Allah kita ketepikan ,itu artinya kejayaan dalam dosa dan kederhakaan.
Aangkah sedihnya kita bila terdengar dari segelintir manusia yang sanggup berkata hukum hukum Islam itu jika semuanya dipatuhi tidak akan menyampai kan kita kemana-mana.
Semuanya kerana keimanan kita kepada pencipta itu hanya sebagai pakaian aqal dan kita tidak mahu mengasuh jiwa kita  hingga kesan kebesaran Allah itu jauh dari jiwa kita.


Semoga bermanfaat.



0 comments:

Post a Comment