RAHMAT TUHAN TIADA TERBATAS

Monday 26 March 2012
Allah mempunyai kekuasaan menghambur dan mengurniakan rahmatnya kealam ini kepada semuanya tanpa terbatas,sekalipun dunia ini penuh sesak dengan nikmat Allah dan sekalipun kehidupan ada diantara manusia itu  mampu meraih tahap tahap nikmatnya dan mampu memilih-milih tetap saja dunia ini bukannya syurga,dunia ini tetap penuh dengan kesulitan,noda dan kenistaan.
Kerana itu manusia juga mempunyai pandangan yang berbeza dalam menilai dunia,,ada dikalangan kita yang menganggap sesuatu itu bernilai tetapi ada pula yang menganggap sesetengah itu langsung tiada nilainya.
Walau apapun perbezaan pandangan dan nilai manusia didalam hal keduniaan tetap ia bukan penghalang didalam ssuatu jalilnan selagi ia tidak merosakkan keimanan. Hakikatnya diantara manusia dan semua rahmatnya dan mahkluk atau alam ini tiada satu pun nikmat dan rahmatnya boleh kita anggap  kecil nilainya dan tiada satu pemberian rahmatnya yang rendah nilainya.
Semoga kita dapat menjadi manusia yang berakal dalam menilai sesuatu tentang dunia dan semoga kita sentiasa ingat sebagaimana Allah berfirman didalam surah At-Takhasur (bermegah-megah) dan sentiasa kita mengambil pengajaran darinya.Hidup lah seadanya dan nikmati pemberian Allah dengan rasa syukur yang terindah hidup didunia ialah apabila kita mampu kenal batasan nilai kehidupan kerana kita belum lagi merasa alam akhirat dan apa yang ada disana semuanya benar namun jiwa ini belum mampu merasa kebenarannya kerana itu kita masih berada dipersimpangan yang arahnya kita belum pasti..Dan ada dikalangan manusia kesenangan dan kesusahan didunia ini  bagaikan satu permainan kerana jiwa mereka dikurniakan dengan kesabaran yang indah.
Tetapi bukannya salah jika menjadi orang yang kaya raya atau berada..orang orang yang berada atau mampu dan tangannya sentiasa diatas itu adalah termasuk orang-orang yang beruntung disisi Allah kerana ia mampu mendahului orang lain dari dirinya sendiri dan tidak semuanya mampu bersikap begini.,tetap untuk hidup didunia dan peringatan buat semua dan juga aku sendiri yang sudah nyata beruntung ialah orang-orang yang benar-benar dapat mensucikan jiwanya..semoga aku atau kita semua benar-benar mampu mensucikan jiwa kita dan mampu membatasi keinginan kita terhadap dunia,kerana apa yang kita banggakan belum pasti Allah redha atau suka.
Semoga bermanfaat buat diri ku dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment