JEMAAH

Wednesday 21 March 2012
Jemaah selalu dikatikan dengan orang islam tetapi sebaliknya jemaah itu tidak semestinya begitu kerana ada yang terdiri dari Jemaah umum dan ada yang terdiri dari Jemaah Islam dan Jemaah itu bermaksud satu kelompok yang biasanya diikat oleh satu keyakinan yang mempunyai satu tujuan atau pegangan yang diyakini dan sudah semestinya ia dibawah satu pimpinan dan ada jemaah yang baik dan pasti ada juga yang batil.

Menjadi kebiasaan ada keterikatan itu berdasarkan agama dan ada pula kerana tradisi dan adat-adatnya,turun temurun atau pun kerana idealogi tertentu.Ada jemaah yang tetap dan ada yang  berubah-ubah dan ada yang mendatang.
Apabila dinilaikan secara pandang mata setiap yang  berkumpulan dan mempunyai  satu perjuangan itu adalah sebuah jemaah namun tetapi jika kita nilai kan secara pandangan mata hati kita apabila terdapat didalam sesebuah parti atau jemaah itu mempunyai kepentingan peribadi yang tersembunyi maka tidak layak digelarkan hidup berjemaah.
Jemaah bukannya semesti yang berlabelkan agama tetapi apa saja parti didalam negara kita itu pun termasuk didalam erti Jemaah.
Hidup berjemaah bermula dari sebuah keluarga dan kemudian luar dari lingkungan tersebut dan bukannya mudah untuk kita mengatakan hidup berjemaah sedangkan hidup didalam kelompok kekeluargaan pun masih gagal.Apatah lagi jika sebuah jemaah yang besar atau kelompok yang memperjuangkan hak asasi manusia.
Kini ia lebih sesuai digelarkan sebuah organisasi dan perjuangannya terpulang kepada niat individu yang memimpin.Kerana kebanyakan akhirnya tidak berpegang kepada prinsip yang dilaungkan.Jemaah yang seperti ini selalunya dikatakan jemaah umum.

Jemaah Islam pula biasa nya mencari jalan-jalan yang dredhai dan sudah semestinya sesebuah Jemaah yang memperjuangkan agama Islam tidak boleh lari dari pegangan Al-Quran dan Sunnah kerana apabila selangkah ia kearah bidaah yang diadakan kerana hawanafsu maka ia dikatakan Jemaah yang batil.Perjuangannya mesti kearah mencari redhanya Allah bukan kerana syurga dan neraka tetapi kerana Allah SWT.
Mesti bersifat taqwa kerana sebuah Jemaah yang dipimpin oleh yang memiliki sifat taqwa yang sebenar disisi Allah bukan pandangan atau nilaian manusia itu maka Rahmat Allah pasti sentiasa ada dan dengan rahmatnya saja kita akan selamat didunia dan diakhirat.

Malangnya hari ini kita gagal hidup berjemaah didalam kekeluargaan kerana kita membiasakan diri kita dengan sifat-sifat jahat,mengumpat ,tamak kan harta ,memfitnah dan berpura-pura dan kerana gagalnya sebuah jemaah kecil yang dipimpin oleh yang bergelar ibu atau bapa yang terdiri dari diri kita sendiri dan akhirnya perpecahan terjadi dan apabila ia terjadi ternyata azab lah yang mendatang.Dan segala bala dan azab yang menimpa itu pun masih tidak mampu membuat kita sedar atas segala kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan.
Terjadi permusuhan dan rasa benci didalam hati meskipun luaran tidak nampak.Yang akhirnya merugi kehidupan dunia dan apatah diakhirat.

"Semoga bermanfaat buat diriku dan semuanya"

0 comments:

Post a Comment