DAJJAL

Sunday 6 January 2013

Tentang dajal dia bukannya jin tetapi dia dikatakan manusia berketurunan yahudi. Dajal kemunculan dikaitkan dengan akhir Zaman.

Dikata ayah dajjal tinggi,gemuk,bentuk hidung seperti paruh burung,manakala ibunya gemuk.
Imam Al- Barzanji mengatakan bapanya berketurunan dari seorang dukun Yahudi yang dikenali dengan nama syaqq,manakala ibunya dari bangsa jin.Dan dikatakan ia hidup dizaman Nabi Sulaiman as .
Berarti dajjal manusia yang tergolong yang ajalnya ditangguhkan.
Nabi Isa ditangguh kematiannya dan diangkat kelangit oleh Allah  s.wt.sehingga tiba saat diturunkan semula kedunia dan dikabarkan beliau akan dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah.
Iblis pun ditangguh kematian sehingga hari kiamat.

Huzaifah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda.Katanya dajjal orang yang buta matanya panjang rambutnya dan lebat.Mempunyai syurga dan neraka.Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Shahih Muslim)

Antara ciri yang disebut juga dia seorang yang masih muda.Berbadan besar dan agak kemerahan,Berambut kerinting dan tebal.Dari belakang kelihatan seperti dahan kayu yang rimbun.Mata kirinya  kelihatan seperti buah kismis yang kecut,dan mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan.
Kedua belah matanya cacat didahinya tertulis tulisan "kafir,dan dapat dibaca oleh setiap orang mukmin.

Mengikut hadis at-Tabarani,kedua-dua tanda ini menjelma hanya setelah Dajjal mengaku sebagai Tuhan.Dan sebelum pengakuan itu kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada kelihatan pada diri dajjal.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a,dia berkata Rasulullah s.aw. pada suatu hari menceritakan tentang Al-Masih Dajjal ditengah kumpulan manusia beliau berkata:"Sesungguhnya Allah swt itu tidak buta.Ketahuilah sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal itu buta sebelah matanya yang kanan seakan-akan matanya itu buah anggur yang tersembul.
Kemudian dalam mimpi Allah swt menampakkan kepadaku seorang lelaki dalam pernampilannya yang paling baik dengan rambut terurai diantara kedua bahunya,rambutnya lebat dan daripada kepalanya mengalir air.Dia meletakkan kedua tangannya pada bahu dua orang lelaki sambil bertawaf disekeliling kaabah."Lalu aku bertanya:"Siapakah ini?"Mereka menjawap dia adalah al-Masih bin Maryam.
Kemudian aku melihat seorang lelaki yang dibelakangnya kucing yang buta disebelah mata kanannya,seperti IbnuQuthn,orang yang pernah aku lihat,dia juga meletakkan kedua-dua tangannya dibahu seorang lelaki dan bertawaf di al-bait,lalu aku bertanya:"Siapakah ini? Mereka menjawap:"Al-Masih Dajjal.

Menurut riwayat dalam shahih Muslim,bahawa dajjal itu sudah pun wujud,dirantai disebuah pulau dan dengan izin Allah swt dia akan menjelajah permukaan bumi disebelah timur.

Dajjal akan hidup selama empat puluh hari sahaja.Namun hari pertamanya sama dengan masa selama setahun,hari keduanya masanya sama seperti satu bulan dan hari ketiga sama seperti lamanya seminggu dan hari-hari yang lain sama seperti hari-hari yang biasa.

DALAM HADIS RIWAYAT MUSLIM;
Dikatakan :Kami bertanya;"Wahai Rasulullah!Berapa lamakah ia akan tinggal dimuka bumi ini?
Nabi saw menjawap:
                        Ia akan tinggal selama empat puluh hari.Hari yang pertama seperti setahun dan hari yang berikut seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu,manakala hari yang selebihnya seperti hari kamu yang biasa.

DAJJAL merupakan ujian buat umat Nabi Muhammad saw dan disebabkan itu Allah telah memberikannya kemampuang yang luar biasa;Antaranya,

Sebelum kedatangan dajal dunia disebelah timur atau orang Islam diuji oleh Allah dengan kemarau yang panjang selama tiga tahun berturut-turut.

Umat akan dilanda kebuluran dan kemudiannya disaat-saat genting ini lah dajjal muncul.
Dajjal akan menggunakan kelebihannya dan berkata kepada awan."Hujan lah"dan hujan pun turun ,daerah tersebut menjadi subur dan bertambah lah kepercayaan orang-orang didaerah itu dengan kehebatan dajjal.
Orang Islam yang mukmin yang tidak mahu mengaku dajjal sebagai Tuhan akan tetap didalam kesusahan.

Dan diriwayatkan seluruh yang menyokong dajjal akan memiliki segunung makanan dan orang yang tidak mahu bersekutu dengannya akan kelaparan.
Para sahabat pun bertanya;

                        "Jadi apa yang dimakan oleh orang islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah? Nabi menjawap;"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir,bertasbih dan bertaubat.Zikir-zikir itu penganti makanan."(H.R Ibnu Majah)

Seumpama syurga dan neraka itu bersamanya,sungai yang terdiri dari air dan juga terdiri dari api.Ia akan menggunakannya untuk menguji keimanan orang islam.
Apa yang kelihatan seperti neraka ada syurga dan yang seperti syurga ialah neraka.

Dajjal memiliki kepantas dalam setiap pergerakannya;
Kami bertanya ;"Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?
Nabi menjawap;"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "AL-Ghaist iaitu hujan atau awan yang dipukul oleh angin yang kencang."(H.R Muslim)
Namun begitu dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci iaitu Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.

Dan dajjal mendapat bantuan dari syaitan-syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya atas tujuan mereka untuk menyesatkan kaum muslimin atau anak cucu Adam.
Begitu hebatnya fitnah dajjal semoga seluruh keturunan kita terselamat dari fitnah dajjal.

0 comments:

Post a Comment