Salam Ramadhan buat semua yang beragama Islam

Saturday 30 July 2011
"Ramadan menjenguk lagi,menjadi tetamu kita selama sebulan..tiada bulan lebih ku nanti selain bulan Ramadan,sewaktu kecil aku tidak faham kenapa aku harus berpuasa dan setulus hati ku akui aku menjadi bingung setiap kali Ramadan menjenguk.Setelah Remaja aku semakin memahami tentang Ramadan tapi aku masih saja tidak merasa gembira kerana setiap kali dibulan Ramadan aku terpaksa bangun seawal jam 2 pagi bersama ibu dan kakak ku untuk menyediakan makanan sahur dan disebelah petang sekali lagi kami tidak dapat berehat kerana menyediakan makanan untuk berbuka puasa,Dan sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga seramai lima belas orang akan berbuka puasa bersama,bayangkan pinggan mangkuk yang akan dicuci.

Tapi selepas mendirikan rumah tangga aku semakin suka pada kehadiran Ramadan mungkin kerana aku tinggal hanya berdua bersama suamiku dan sewaktu mengandung anak ku yang Sulung aku tetap menunaikan Puasa Ramadan penuh sebulan begitu juga dengan anak ku yang kedua.

Dan setiap tahun pasti Ramadan akan menjenguk kini aku semakin rindu pada bulan Ramadan,semakin masa berlalu aku semakin mengerti kenapa dulu aku tidak menyukai kehadiran mu Ramadan,dan kini aku sentiasa menanti kehadiran mu kini aku siap merasa hiba setiap kali kau menjenguk kerana kemudianya pasti kau menghilang lagi aku merasa sedih sebab dulu aku tidak mengenali mu dengan nurani ku,kerana dulu dunia itu yang lebih bertahta dihati ku,,tapi kini aku sedar walau setiap tahun kau menjenguk kami tapi tidak semestinya kami dapat bertemu dengan mu melainkan Allah memberi kami kesempatan.. 

0 comments:

Post a Comment