Sifat berdakap tubuh.

Thursday 28 July 2011
'Kira -kira 40 tahun berlalu dari zaman sahabat lahir lah "sekolah sekolah mahzab" ilmu Fiqah dalam mana jelas kelihatan suatu macam Harakah Daimah iaitu harakah yang berterusan disamping sikap bencikan perangai berdakap tubuh.Dalam hal ini seorang tokoh yang terkemuka ,iaitu imam Syafie mengambarkan sikap berdakap tubuh  atau berdiam membeku itu sama seperti air yang tidak mengalir.yang akan menjadi rosak ;beliau juga menegaskan bahawa singa akan terdedah kepada kemusnahan jika ia tidak bergerak mencari mangsanya,dan begitu juga panah kalau lah tidak kerana ia bergerak dari busar kesasarannya  nescaya ia tidak akan mengenainya.
"Imam syafie mengambarkan sikap malas seolah-olah sama seperti matahari tetap disatu-satu tempat tanpa bergerak..dan imam Syafie bermadah'


"Ku lihat air yang tidak mengalir,
merosakkan dirinya sendiri
Jika ia menyerap maka baiklah ia,
tetapi jika tidak  rosak lah ia.
Kalau lah singa itu tidak meninggalkan jerumun,
nescaya ia tidak menangkap apa apa.
Begitu juga panah ,jika  tidak meninggalkan busar,
nescaya ia tidak mengenai sasarannya.
Begitu lah pula dengan suria,
Jika dia menetap diufuk selama-lamanya
nescaya semua orang membencinya
Dimerata dunia apatah lagi dinegeri Arab.

"Kesimpulannya imam Syafie mara lebih jauh mengambarkan bencinya dia kepada perangai berdakap tubuh dan menunjukkan betapa sukanya beliau kepada kecergasan.

0 comments:

Post a Comment