BEZA PELAJARAN DAN PENDIDIKAN

Wednesday 21 September 2011
Didalam usaha kita untuk membina insaniah atau didalam usaha membina anak-anak dua perkara yang penting ialah pelajaran dan pendidikan.
Ia adalah dua hal yang berbeza dan perlu untuk difahami,namun terkadangnya kita keliru untuk memahaminya.

Akal selalu menjadi tujuan pelajaran yang khusus sedangkan pendidikan pula dikaitkan dengan pembinaan insan yang bukan sahaja melibatkan fizikal dan mental tetapi melibat hati dan nafsu.
Pendidikan yang lebih rumit ialah mengenai hati dan nafsu.Pelajaran dan pendidikan amt perlu didalam membina peribadi yang pandai  dan bersyukur pada Tuhan dan dalam masa yang sama berbakti pada manusia.

Guru yang mengajar dan murid yang belajar adalah proses mengumpul segala ilmu.Melalui proses ini akan terhasil lah murid yang pandai,alim atau berilmu pengetahuan yang tinggi.

Dan yang dikatakan pendidikan pula memerlukan penghayatan,pengamalan dan
penjiwaan dan semua ilmu yang diperolehi terutamanya ilmu ugama memerlukan kefahaman yang mendarah daging didalam kehidupan seharian.Dan pelajaran menyentuh soal ilmu dan pendidikan pula menyentuh soal akhlak.
Tidak mungkin kita dapat mendidik tanpa memberi ilmu dan ilmu tidak boleh diberi begitu saja tanpa didikan

Jika hanya pelajaran sahaja tanpa diikuti dengan didikan akan menghasilkan individu yang pandai tetapi jahat dan tidak bermoral.
Pendidikan sahaja tanpa pelajaran akan menghasilkan individu atau manusia yang baik tetapi tidak mungkin dapat berkhidmat atau berfungsi pada masyarakat.
Ilmu tanpa didikan menyebabkan manusia menjadi beku kerana jiwa tidak hidup dan didikan tanpa ilmu akan menyebabkan kita jadi kaku kerana bagaimana hendak bergerak melangkah jauh kerana walaupun jiwa kita hidup tetapi tiada ilmu khas untuk dijadikan panduan.

Walau bagaimana pun peranan ilmu kecil jika dibandingkan dengan didikan.Ilmu selalunya dilengkapi dengan falsafah,hikmah,usul dan berbagai yang lain namun tidak kesemuanya digunakan atau diperlukan dalam mendidik.

Yang berilmu mampu mengajar tetapi tidak kesemuanya layak untuk mendidik.
Didalam membangun insaniah  kedua-duanya penting namun diantara keduanya pendidikan yang patut diutamakan.Jangan sampai rosak dan menjadi musuh kepada Tuhan yang mencipta kita dan musuh kepada manusia.Yang terbaik menjadi kuncinya ialah mendidik didahulu dan kemudian mengajar.
Jadikan baik dahulu sebelum menjadi pandai.Biar mengenal Tuhan yang mencipta kita dahulu sebelum dikenalkan ciptaanya.
Biar menjadi hamba Allah sebelum menjadi khalifah-nya.

1 comments:

{ Lok 7 } at: 21 September 2011 at 07:53 said...

akulah piala yang tak pernah penuh
sedang kau mutiara berkilauan
mengerdip di dalam lokan
kukutip dengan perlahan
agar pialaku penuh kauhiasi
agar rohaniku sempurna kauabadi...

Post a Comment