RAHMAT ALLAH SELUAS LANGIT DAN BUMI

Saturday 10 September 2011

Apa pun kurniaan kekayaaan Allah SWT kepada para hambanya adalah dengan rahmatnya tapi bukan menjadi pengukur untuk menandakan seorang itu bertaqwa,dirahmati atau mendapat rahmat kerana setelah diterima adakah rahmat itu disyukuri atau dikufuri..
Contoh kita membeli kenderaan untuk anak kita kerana rasa sayang dan tanggungjawap kita kepada nya tapi jika dia mengunakan pemberiaan kita itu kerarah kebaikan artinya dia seorang yang tahu bersyukur tapi jika sebaliknya berarti dia telah kufur nikmat.

Nilai rezeki yang berbeza antara satu sama lain bukan menunjukkan tahap iman seseorang.Adakah seorang kaya berharta lebih disayangi oleh Tuhan berbanding seorang fakir miskin?Ariel Sharon,pembunuh dan penjahat yang kejam lebih baik kehidupan materialnya dari seorang yang syahid dengan wajah tersenyum-senyum.Namun,adakah dia berhak mencium syurga Allah selepas menyapu wajahnya dengan darah kanak-kanak Palestin?


Adakah seorang jutawan yang tidak bertaqwa merasa lebih disayangi Allah kerana kekayaannya dari seorang fakir yang tawadhuk?Kita sendiri tahu kemana arah tuju hidup kita.


Kekayaan atau rezeki yang  diberi oleh Allah bukan menunjukkan iman dan amalnya seseorang.Rezeki adalah urusan Allah.tiada siapa yang boleh mengajar Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya.dan kita tiada kuasa untuk  menetapkan rezeki untuk diri sendiri..


Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh jika kemudian dengan kemahiran dan ijazah yang ada pada dirinya masih sukar untuk mendapat pekerjaan tidak boleh menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dirinya disebabkan  dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-nya tidak menurut peraturan apa-apa tidak juga menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepak,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hambanya.

 Allah swt memberi rezeri kerana sifat kasih sayangnya iaitu sifat Rahman dan Rahimnya kepada mahluk ciptaannya.Rahmat Allah seluas langit dan bumi dan setiap kurnia dan rahmatnya harus syukuri,jika ia tidak disyukuri maka ia menjadi isdtiraj buat para hambanya satu cobaan yang menjadikan seseorang itu semakin jauh dari tuhan yang  menciptanya .Semua kurniaan Allah adalah atas rahmatnya tapi tidak semesti orang yang menerimanya mendapat rahmat atau dirahmati.
Semuanya dapat dilihat dengan jalan apa dan kearah mana hala tuju sipenerima tersebut.Jika kurniaan dan rahmatnya disyukuri maka sipenerima pasti mendapat rahmat dan dirahmati berlainan pula kurnia Allah yang tidak disyukuri maka ia semata-mata menjadi cobaan buat sipenerima dan akan mengundang bala dalam kehidupan dunia dan akhiratnya.
Rezeki Allah ada empat iaitu;
1.Rezeki yang telah dijamin.
2.Rezeki yang diusahakan.
3.Rezeki yang dijanjikan
4.Rezeki yang tidak disangka-sangka atau diduga.
Dan dari keempat empat tersebut pasti ada cara-dan sebab-sebab Allah SWT mengurnia kan rahmatnya itu kepada para mahluknya.

0 comments:

Post a Comment