HANYA KERANA TERLIHAT TUMIT KAKI

Saturday 10 September 2011


Kita semua mengenali imam syafi’i dan kalau ada yang tidak kenal entah lah apa yang hendak kita katakan lagi dan rasanya tidak perlu kita bercakap panjang lebar tentang beliau.seperti yang kita tahu beliau juga merupakan seorang penghafal al-quran. Pada suatu hari tiba-tiba Imam Syafi’i lupa pada hafalannya. Dia menghafalkannya lagi, kemudian lupa lagi. “Ya Allah, apa yang menyebabkan saya lupa akan hafalan Al-Qur’an?” Beliau tidak mengerti kenapa tiba-tiba menjadi pelupa. Akhirnya beliau pergi ke Imam Waki’iaitu gurunya dan bertanya “Imam, apa yang menyebabkan saya lupa akan hafalan al-quran yang telah saya hafalkan selama ini?
Memang begitulah tabiat dan sikap para ulama apabila mereka sedar akan kehilangan kemanisan dalam beribadah pasti mereka akan merujuk kepada guru mereka dan.Iman Syafi”i pun mengadu kepada gurunya Imam Waki.
Lantas gurunya bertanya.”Apa kamu melakukan zina?
Tidak Imam tidak pernah pun.
Apa kamu pernah mencuri?
Imam Syafi”I mengatakan Tidak.
Kamu pernah mengintip dan Imam syafi”i tetap mengatakan tidak.
Bagaimana pula dengan membunuh?
Tidak jangankan membunuh ,melukai hati orang pun saya tidak kuat.
Gurunya terus mencari kesalahan anak didiknya dan sebab kenapa hafalan al_qurannya hancur dan hilang dari ingatannya dan tiba-tiba sang guru bertanya, ”Bagaimana hubungan kamu dalam masyarakat?”
”Oh, itu biasa.
”Ceritakan bagaimana kehidupanmu di situ.” Diceritakanlah semuanya.
”Apakah di sana ada maksiat ?
”Tidak ada.”
Dicari-cari, kesalahan dan semuanya  tidak ada.  Imam Waki pun terus menyoalnya. ”Pernah tidak perempuan-perempuan lewat di depanmu?”
”Tidak, kalau ada Cuma seorang nenek yang sudah tua.
”Syafi’i, berapa umurnya?”
”Pokoknya tidak ada apa pun pada nenek itu yang boleh membuat orang tertarik hati padanya.
Bagaimana pakaian nenek tersebut,adakah dia menutup auratnya?
Ya .nenek itu menutup auratnya dan mukanya sekali
”Jadi tidak ada tampak aurat?”
”Tidak.”
”Kulitnya pernah tampak tidak?”
”Kadang-kadang tumitnya kelihatan.”
”Kamu sendiri bagaimana?” pernah kah kamu melihat tumitnya?
Ya jawap imam syafií itu lah yang sering saya terlihat bila terserempak dengannya.
”Itu aurat bagimu wahai Syafi’i, itu dapat meghancurkan Al-Qur’an 30 juz itu.
Dan beliau dapat mengatasinya setelah gurunya menyedarkan tentang kesalahan atau sesuatu yang dianggapnya remeh tapi padahal ia sesuatu yang boleh menyebabkan hilang hafalan al-qurannya setiapkali beliau ingin membacanya.
Lihat lah betapa kita kaum perempuan menghancurkan lelaki dan,orang tua kita sendiri atau suami kita kerana sukarnya untuk kita menjaga aurat
Makanya  kalau perempuan dapat menutup aurat dalam suatu masyarakat, betul-betul menutup aurat,  insya Allah rahmat Allah akan turun pada kita. Imam Syafi’i hanya melihat tumit perempuan tua. Karena itu adalah aurat, maka melihatnya telah menyebabkan beliau hilang hafalannya. Coba bayangkan zaman sekarang,semuanya percuma baik dimana-mana kita berada.aurat perempuan semuanya terdedah habis dan begitu juga melalui internet maupun dikaca tv.
Kenapa terhakisnya iman kita dengan mudah dimasa kini  dan aurat perempuan itu adalah satu masalah yang lebih besar dari dadah atau minuman keras.Kenapa ia tidak perlu dirasa atau disentuh baru terjadi cukup hanya dengan melihat sudah mendatangkan natijah pada pelihatnya.Bukan saja untuk kaum lelaki tetapi juga pada kaum perempuan kerana perempuan sesama perempuan muslimah pun ada batas aurat apatah lagi dengan perempuan bukan muslimah.Ada batas-batas aurat yang perlu dijaga dan diambil berat.Diantara perempuan muslim dan bukan muslim aurat terbatas sama seperti aurat antara lelaki dan perempuan.kecuali darurat atau urusan kesihatan,contohnya bila kita kehospital untuk menjalani rawatan.
Semoga kita semua dapat menyedarinya dan berusaha bersama agar kita dapat membendung ataupun kita berusaha untuk menjaga aurat kita semampu mungkin kerana hal yang sebegini mudah diremehkan dimana-mana jua tapi sukar untuk kita melaksanakanya..Bersama kita bermohon kepada Allah yang maha pengasih agar memimpin hati kita menjadi hamba yang diredhainya didunia dan diakhirat.Sebenar-benarnya kita kaum wanita belum pasti selamat diakhirat kerana kebanyakan penghuni neraka ialah kaum wanita..

0 comments:

Post a Comment