KESILAPAN DALAM PERKAHWINAN

Wednesday 7 September 2011
Sebuah ikatan perkahwinan yang tidak mempunyai niat yang betul atau sekadar kerana keseronokan berarti pasangan itu memilih atau terjurus kedalam cara kehidupan hewan.Kenapa?kerana hewan tidak perlu bertanggungjawap..Hewan atau contohnya seekor kucing,mula-mula ia berseronok,melakukan hubungan kelamin dan lepas tu ia bergaduh,biasanya akan ditinggalkan sesuka hati pasangannya itu.
Patutkah kah kita manusia mencontohi hewan lepas berseronok kemudian bergaduh dan bercakaran?
Apa bila kucing betina melahirkan anak tinggal sendirian dan kucing jantan entah kemana.Untuk itu seorang lelaki atau wanita sepatutnya dari awal remaja sebelum mengambil keputusan untuk bernikah harus ada persiapan dari segi pengetahuan ugama dan keperluan yang lain.Harus ada falsafah  bahawa ikatan suami-isteri itu harus dipertahankan hingga keakhir hayat dengan izin Allah jua.Dan harta atau aset terpenting ialah anak-anak.Mendidik anak-anak adalah tanggungjawap bersama-sama,rumahtangga ada lah syurga dan kebahgiaan mesti selalu diambil kira.

Jika memilih perkahwinan sekedar untuk keseronokan atau mengelak kesepian berarti pasangan itu memilih satu ikatan atau perkahwinan jangka pendek,kerana keinginan manusia untuk berseronok bukannya setiap waktu dan selamanya.
Dalam kehidupan ada bahagiannya saja waktu waktu untuk kita bersukaria dan sihat,selebihnya adalah waktu-waktu Allah datangkan ujian,apatah lagi dalam perkahwinan.Mungkin masa bergembira sepenuhnya tak sampai tiga tahun.Tapi yang berpuluh-puluh tahun lagi ialah masa untuk kurang bergembira tapi bertanggung jawap ,susah,sakit,masaalah dan beribu lagi ragamnya.
Bayangkan apaakan terjadi jika semuanya bertandang..hendak dielak tak mungkin kerana ini lah kehidupan kita didunia.

Akibat tekanan atau hal hal kecil atau besar itu  sangat kuat pengaruhnya dalam hubungan dan ikatan suami isteri,jika tiada pengetahuan ugama maka akan terjadi pekara yang buruk.Kalau tidak sampai terjadi perceraian pun perpecahan tetap berlaku..dan akan kita nampak bagaimana keadaan ini memberi kesan yang buruk pada anak-anak dan keturunan seterusnya.
Kerana kemesraan tidak wujud,hubungan kekeluargaan renggang,kasih sayang semakin menjauh,masing-masing mudah buat kerenah,mudah tersinggung,mudah membebel,marah-marah dan kalau berkrisis dengan sesiapa pun akan berpanjangan dan tiada berkesudahan.

Begitulah nafsu jika tidak dilayan emosi kita mudah memberontak,untuk mengelak dan mengatasinya sukar sekali kerana tiada persiapan dari awal kerana terfikirkan perkahwinan semata-mata untuk keseronokan atau kesenangan.
Walhal perkahwinan ada lah satu perjuangan besar yang perlu di hadapi.Kecundang pasti jika tidak betul-betul bersedia menghadapinya dan impian pasti berkecai..oleh kerana itu dalam kehidupan kita harus kita bersedia dan tanamkan sifat taqwa semampunya dan sandarkan segala-galanya pada Allah yang mencipta kita tapi bukan pada ilmu atau apasaja kelebihan yang seseorang itu miliki baik kecantikan,kedudukan atau apa saja kerana semuanya tidak kekal..kita bersandar pada sesuatu yang tidak kekal sudah tentu ada tempoh akhirnya tapi jika kita bersandar pada sesuatu yang kekal abadi pasti ada saja jalan yang  terbaik buat kita semua.

0 comments:

Post a Comment