PERINGATAN DAN ANCAMAN YANG BENAR

Tuesday 13 September 2011
FIRMAN ALLAH:
Ertinya:Maka bermulanya kebinasaan dan seksa neraka bagi sekalian orang yang sembahyang.Bermula mereka itu,iaitu yang lalai mereka itu daripada sembahyang mereka itu(surah al-maun ayat 4-5)


Begitu lah ancaman yang diberi terhadap kita yang melalaikan sembahyang dan menjadi kebiasaan dizaman ini sembahyang tidak menjadi sepenting pekara yang lain.
Ada saja acara duniawi yang boleh melalaikan kita semua sehingga pekara yang wajib kita anggap hanya sebagai pekara yang remeh,walhal semua itu akan dipersoalkan diakhirat kelak.


Dan telah berkata Syeikh Ahmad Hijazi dan ditentu akan ianya akan empat dengan sebutan,kerana adalah sekalian mereka ini beberapa daripada segala kafir.
1.  Barangsiapa meninggalkan ia akan sembahyang kerana urusan jual beli maka adalah ia berserta Ubai bin Khalaf.
2.  Dan jika ia meninggal kan sembahyang kerana urusan kerajaannya maka berserta lah ia bersama Firaun.
3.  Dan jika kerana hartanya maka tergolonglah ia dari kalangan Qarun.
4.  Dan jika kerana kemuliaan dan kemewahannya maka tergolong dan beserta Haman.


Dan telah berkata seorang lelaki dahulu kala bagi iblis:"Aku berkenan bahawa aku seakan engkau."Maka berkata iblis baginya."Tinggal oleh mu akan sembahyang dan jangan engkau bersumpah  melainkan dusta.


Dan tersebut pada hadith:
Berkata para malaikat orang yang meninggal sembahyang subuh itu zalim.
Orang yang meninggalkan sembahyang zuhur itu sentiasa dalam kerugiaan.Orang yang meninggalkan sembahyang asar itu adalah orang yang derhaka,orang yang meninggal sembahyang margrib  itu kafir dan orang yang meninggal sembahyang isya itu telah mensia-siakan sembahyang dan telah disia-sia akan dikau oleh Allah .


Dan dihikayat oleh nabi Isa alaihisalam telah lalu beliau atas satu kampung yang banyak air sungai yang dan pohon kayu yang banyak.Maka memulia akan nabi Isa akan penduduk kampung tersebut kerana tercengangnya beliau akan ketaatan penduduk kampung tersebut.
Tiga tahun kemudian nabi Isa lalu lagi dikampung tersebut dan dilihatnya segala pohon kayu dan sungai telah kering,maka tercengang lah nabi Isa yang kemudian mewahyu allah kepadanya,sesungguhnya telah lalu akan kampung ini akan seorang lelaki yang meninggalkan sembahyang ,maka telah membasuh muka ia pada air sungai tersebut maka jadi keringlah sungai dan pohon kayu dikampung tersebut.Binasa lah kampung itu atas sebab yang demikian.
"Hai Isa tatkala sembahyang itu ditinggalkan maka robohlah ugama dan nescaya adalah sebab robohnya juga dunia.


Dan Allah telah menurun didalam setengah daripada segala kitabnya yang bermaksud:
Bermula orang yang meninggalkan sembahyang  melainkan ia dilaknati dan ertinya ia dijauhkan dari rahmat Allah.Dan orang yang berjiran dengan dia jika ia redha dengan dia iapun dilaknati dan jika bukan aku ini hakim yang adil nescaya Aku berkata:Bermula tiap-tiap orang keluar  daripada anak-cucunya dilaknati akan dia sehingga hari kiamat."


Dan disebut pada hadith bahawasanya Jibril dan Mikail Alaihissalam berkata keduanya.
Telah berfirman Allah Ta'ala dalam hadith Qudsi
Ertinya:Barangsiapa meninggalkan ia akan sembahyang maka ia dilaknati akan dia didalam Taurat,Injil,Zabur dan Furqan.
Dan tersebut didalam hadith pula
Ertinya barangsiapa meninggalkan kan ia akan sembahyang nescaya bertemu ia akan Allah  padahal  bermula Allah iaitu sangat murka atasnya.


Dan memadai lah ayat atau hadith diatas ini sebagai peringatan dan nasihat bagi orang-orang yang meremeh dan meninggal kan sembahyang atau pun memadai bagi orang yang takutkan Allah SWT dan seksaannya yang tidak dapat dibayangkan betapa peritnya..

1 comments:

{ Amouy } at: 8 February 2020 at 21:54 said...

Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^

Post a Comment