
Tidak terdapat janji keselamatan didunia dan akhirat buat orang islam baik didalam hadis atau al-quran kecuali yang selamat ialah orang-orang yang bertaqwa. Ayat yang sering diulang baca dimasjid atau oleh para pendakwah ialah "Takut lah kamu kepada Allah dan bertaqwalah bermaksud mengajak kita agar menjadi insan yang bertaqwa dan rasa takut kepada pencipta kita iaitu Allah SWT.
Berarti orang-orang yang bertaqwa itu ialah orang yang benar-benar takut kepada Allah SWT,persoalannya tanya lah diri kita apakah kita benar-benar takut kepada Allah yang boleh membuah kan kemanisan iman dan menjadikan kita orang yang bertaqwa?
Sebenarnya ia tidak semudah itu dan tidak dapat dibuat-buat,kita selalu gagal dibahagian ini dan hendak sentiasa kita perhatikan sikap diri,
Contoh bila kita bertemu orang biasa kita akan merasa biasa-biasa saja,tapi bila kita berjumpa orang yang berpangkat atau raja secara automatik kita terdorong untuk rasa hormat,takut dan cemas tanpa ada sesiapa yang memaksanya..padahal mereka hanya manusia biasa saja,memerlukan rahmat allah jua seperti kita untuk selamat diakhirat,
memang kita harus tahu menghormati orang orang tertentu tapi alangkah baiknya jika kita dapat menghormati sesiapa saja dengan sifat taqwa tanpa ada sebabnya.
Bagaimana pula dengan perasaan kita kita menghadap kepada tuhan yang maha agung..hanya kita sendiri yang tahu,kita boleh saja membohongi semua orang tetapi tidak mungkin kita dapat membohongi diri sendiri.
Mungkin kita berhadapan dengan Allah tiada langsung rasa kehebatan seumpama kita merasa kehebatan ketika berhadapan dengan manusia-manusia yang berkedudukan.
Benar sekali untuk mencapai sifat taqwa bukan hanya sekadar hanya secara fizikal solat,puasa haji dan sebagainya tapi hendak lah diselaraskan secara maknawiah aau rohaniah dan dengan syarat-syarat yang dituntut dalam hukum syarak.
Alangkah susah untuk kita menjadi islam yang bertaqwa dan semoga Allah sentiasa menunjukkan kita dan memimpin hati kita kearah itu..sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.
Semoga bermanfaat buat diriku dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment