AWAS! MATA MATA JAHAT..

Wednesday 10 August 2011

Bila saja teman-teman,jiran atau saudara mara kita yang sakit kita akan segera melawat untuk mengetahui keadaannya tetapi kadangkala kita akan merasa kecewa dengan mereka apabila  sebaik berapa ketika kita bertemu dengan mereka  dan bertanya kabar pasti seakan menjadi perkataan wajib bagi pesakit ini mengatakan ia kena buatan orang..Dan tanpa belas kasihan akan tertuduhnya sianu dan sianu yang punya  angkara.

Tidak dinafikan terdapat segelintir masyarakat hari ini yang suka belajar dan mengamal sihir untuk tujuan tertentu dan kepuasan sendiri.Kalau dulu aku kurang mengerti tentangnya dan tidak pulak aku mau mau peduli apa-apa pun tentang sihir-menyihir ini.
Tapi yang ingin ku bincangkan(,tujuan ku mungkin betul bagi fikiran ku tapi salah bagi teman atau saudara-mara ku)kerana apa yang ingin ku nyatakan ada lah luahan dari hati dan minda agar masyarakat kita hari ini akan sedar adakah perlu untuk mereka mengatakan mereka terkena buatan orang tanpa sebab-sebab tertentu untuk seseorang itu dikenakan.Bukan kah ini satu prasangka buruk dan berdosa.Bila terus kita berprasangka buruk selama itu lah kita sukar untuk sembuh  atau mengatasinya.

Ditakdirkan kita  jatuh sakit dan bila rasa ianya berlarutan dan dokter perubatan moden mengesahkan tiada penyakit apa pun tapi kita tetap rasa semacam kerana hanya diri kita sendiri yang mengenal keaadaan kita,dalam situasi begini hendaklah kita kuatkan iman kita dan berusaha mencari penyelesaian bukan nya meraih simpati.Kalau kita asyik nak meraih simpati dan mengata disihir dan sebagainya sampai bila pun tak akan bertemu penyelesaiannya,Sudah lah sakit sendiri yang merasa,keaadan fizikal dah kelihatan teruk dan kita semakin sasau masih lagi kita tak sedar-sedar, ini lah yang paling menyedihkan.Semakin berbangga pulak kita kerana dan berpuluh-puluh orang bomoh yang kita jumpa.Bertahun-tahun lah menahan sakit kerana berkurang iman bertambah syirik.

Adapun ada diantara puncanya sakit itu bukan kerana disihir atau buatan orang,kalau kita kata kan buatan orang jelas sekali sipenyihir itu telah melakukan amalan memuja dan menyeru nama kita atau mengirim santau dan melakukankannya dengan niat yang memang nak menyakiti orang tersebut dengan cara menggunakan bomoh atau sebagainya.(tidak dinafikan sihir itu memang wujud) tapi bagi yang tidak ada sebabnya jangan lah mengharapkan hal-hal sebegini.

Rasulullah saw dilaporkan mengesahkan tentang al’Ain dalam beberapa laporan,antaranya “Mintalah pertolongan kepada Allah daripada Al-Ain(mata-mata jahat)
Kerana Al_Ain itu benar.”(diriwayat dari Aisyah)
Maksudnya Al-Ain adalah benar,jika ada sesuatu yang mendahului qadar,ia akan didahului oleh Al-Ain .Apabila kamu diminta bagi mandi,maka mandilah.”(riwayat muslim)


Kerana itu Rasulullah bersabda;"Jika kamu melihat sesuatu yang menarik perhatian pada saudaranya hendak lah dia berdoa agar diberi keberkatan padanya"
Ada pun dikhuatiri jika kita mempunyai penyakit al-ain dan tanpa disedari kita akan memudaratkan orang yang kita dengki,Allah jua maha berkuasa.Berlindunglah kepada Allah dari berpenyakit dengki.


 Bagaimana Al-Ain berbeza dengan  disihir atau disantau,disni akan saya jelaskan iaitu bezanya ialah al-ain berpunca dari mata-mata orang yang sentiasa perpenyakit dengki dan mata orang-orang sebegini senang dikenali ,kerana mereka ini selalunya terdiri dari ahli keluarga kita sendiri,teman- teman rapat atau orang luar tetapi mudah untuk kita mengenalinya, perhatikan reaksinya bila bertemu teman-teman yang mungkin dimatanya waktu itu ada sesuatu yang membuatnya rasa iri atau reaksi bila marah dan juga bila tersinggung atau tak puas hati.
Kebiasaaan orang begini matanya agak liar.Dan mata mereka selalunya kelihatan bengis dan merah.Tapi keadaan ini berlaku ketika dia tidak puas hati atau marah.Dan waktu kita tertatap matanya hati kita akan terasa sesuatu atau seakan-akan terkejut.

Orang-orang yang mempunyai mata-mata jahat tersebut selalunya terdiri dari orang orang yang mempunyai ilmu bathiniah yang salah,mengamal wrid-wirid untuk kekuatan bukan kerana Allah,orang-orang yang sentiasa mengamal ilmu pengasih (pemanis)orang-orang yang mengamal ilmu penunduk ,yang menyimpan minyak dagu atau apa saja minyak ilmu hitam yang diambilnya dari bomoh atau orang tertentu atau orang-orang yang mewarisi saka dari keturunan,tanpa mereka sedari mereka sudah mengambil syaitan sebagai teman dan ada pun teman nya ini tidak lah perlu tuan badannya mengarah untuk menyakiti sesiapa, cukup jika tuannya merasa marah,geram atau benci maka bertindak lah si teman ghaib nya ini menyerang orang tersebut tanpa diarah.

Tapi terdapat kaedah rawatan untuk memulih sesiapa yang terkena Al-Ain,sekiranya kita kenal punca atau orang yang mempunyai al-ain itu minta lah agar ia berwudhuk setelah itu gunakan air wudhuk untuk memandi mangsa yang diserang al-ain tersebut.
Membaca surah ak-ikhlas
Membaca surah al-Falaq
Membaca surah an-Nas
Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah
Kemudian diberi minum pada pesakit dan lebih baik menggunakan air zam-zam atau air hujan.

Ada pun sikap yang perlu kita jaga sekiranya kita mengenali siapa orang itu atau kita sentiasa perlu bertemu dengannya hendak lah kita jangan menceritakan tentang hal hal gangguan yang kita hadapi,bersikap baik dan sentiasa memaafkannya,taubat dari segala dosa,bertaqwa kepada Allah ,jangan memikirkan hal-hal orang tersebut,bersabar dengan sikapnya dan mohon perlindungan dari Allah bila bertemu dengan orang tersebut.
Kerana kadang-kadang dia sendiri tidak sedar dia penyebab serangan Al-Ain pada kita.

Perlu kita ambil berat agar kita terhindar dari perbuatan menuduh orang menyihir kita dan ada pun ini untuk kesedaran diriku sendiri.Allah jua maha mengetahui,ada pun aku ingin berkongsi tentang sesuatu yang kadang kadang kita tidak menyedarinya dan mendatang kan dosa pada diri kita sendiri.
Semoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment