BILAKAH MALAM LAILATUL-QADAR

Tuesday 23 August 2011
Bila disebut malam lailatul-qadar semua umat Islam yang beriman berharap dapat bertemu dengan malam tersebut.apatah lagi junjungan kita yang mulia nabi Muhammad saw menganjur agar semua umatnya agar melipatgandakan amalan ibadah pada malam tersebut.
Menghidupkan malam tersebut  ada peringkatnya yang tertentu.


1.Tahap yang paling tinggi ialah menghidupkan malam-malam ramadan terutama sepuluh malam yang terakhir sepanjang malam.


2.Menghidup dua pertiga malam.


3.Menghidup seperdua malam iaitu seperdua malam tidur dan seperdua 
    malam bangun untuk beribadah.


4.Menghidupkan sepertiga malam


5.Paling bawah iaitu menghidupkan malam-malam ramadan ,mengerjakan 
    solat Isyak dan subuh berjemaah dan mendirikan solat tarawih dan
    witir,


Sesungguh Allah swt merahsiakan tentang tepatnya waktu malam lailatul qadar sebagaimana dia merahsia kan sesuatu yang seumpamanya.Sepertimana jua ia merahsiakan redhanya pada kita para hambanya agar kita dapat menunaikan kewajipan kita sebagai hambanya dengan ikhlas.


Pada hakikatnya malam lailatul qadar perlu dicari pada malam-malam yang ganjil.
Pada orang sufi malam lailatul qadar dapat diperkira seperti berikut;


a.Jika awal puasa jatuh hari jumaat maka malam lailatul qadar pada 29 
    ramadan
b.Jika awal puasa jatuh hari  sabtu maka malam lailatul qadar pada malam 
    21 ramadan.
c.Jika awal puasa jatuh hari ahad maka malam lailatul qadar ialah malam 
    27 ramadan.
d.Jika awal puasa jatuh hari isnin maka malam lailatul qadar ialah malam 
     29 ramadan.
e.Jika awal puasa jatuh hari selasa maka malam lailatul qadar ialah malam
     25 ramadan.
f.Jika awal puasa jatuh hari rabu maka malam lailatul qadar ialah malam
      27 ramadan.
g.Jika awal puasa jatuh hari khamis maka malam lailatul qadar ialah malam
      21 ramadan

Jika kita mengikut perkiraan para sufi yang pernah bertemu dengan malam 
dengan malam tersebut jelas ia belum berlalu dan kita belum terlambat untuk berharap agar dapat bertemu malam yang penuh berkah dan keampuanan.


Dan terdapat seperi yang tercatat yang mengatakan dalam Hasyisyah Fathul Wahhab yang mengatakan.


Jika awal puasa jatuh hari Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar jatuh pada malam 29 ramadan


Jika awal puasa jatuh pada hari Isnin maka malam lailatul qadar ialah pada malam 21 ramadan


Jika awal puasa pada hari selasa atau jumaat maka malam lailatul qadar pada malam 27 ramadan


Jika awal puasa pada hari khamis maka malam lailatulqadar ialah pada malam 25 ramadan.


Jika  awal puasa pada hari sabtu maka malam lailatul qadar ialah pada malam 23 ramadan.


Berdasar pada keterangan hadis Rasulullah,dan para sahabat dan ulama yang muktabar ,bahawa malam lailatul qadar berlaku pada salah satu dari sepuluh malam yang akhir.


Diterang dari satu hadis Rasulullah yang bermaksud;
"Cari lah malam lailatul qadar itu pada sepuluh malam yang akhir dibulan Ramadan dimalam-malam yang ganjil.Dan sesungguhnya aku telah pernah melihatnya dan pada malam itu hujan turun dan angin bertiup.(h.r.Ahmad)


Orang yang mendapat malam lailatul qadar itu melihat bahawa segala sesuatu yang ada dilangit dan bumi bersujud kehadrat Allah.


Dan alam terang benderang kerana Rahmat Allah meski pun diwaktu hujan.


Dapat mendengar salam dan bicara para malaikat dan orang yang mendapati malam lailatul qadar itu diperkenankan segala doanya.


Dan tanda yang jelas pada malam itu tiada panas dan tiada sejuk  dan matahari esoknya terbit dengan cahaya putih cerah dan tiada rasa kepanasannya lantaran begitu banyaknya malaikat berada dilangit dunia.


Bahawa matahari pada pagi harinya terbit berkeadaan berwarna putih tidak menyinar atau bercahaya..(HR.MUSLIM)


Semoga kita tetap mendapat pahala malam tersebut walau pun kita tidak merasa mendapatinya..kerana setiap orang yang diterima amalnya yang hanya Allah swt yang tahu akan mendapat bahagiannya dimalam lailatul qadar..dan apa yang kita ingin semoga segala dosa-dosa kita diampuni.

0 comments:

Post a Comment