SEKSA KUBUR

Saturday 13 August 2011
Bila kita bercerita tentang dunia ia pasti tentangkeadaan jiwa kita  juga..kemana kita ingin lari hinggakan kedalam mimpi pun mahu saja dunia menghadirkan diri.
Bila dunia berlebihan dihati maka mengeras lah hati kita.Aku bukan bercakap tentang sesiapa aku sentiasa menjalaniku dalam keaadaan aku sentiasa menasihati diri ku.Kerana kalau hati kita sentiasa sibuk dengan syahwat duniawi ia akan mengeras dan sukar untuk ditundukkan kerana tidak beriltizam dengan syariat Allah.Berhati-hati kerana dunia itu dapat memperdayakan kita hingga kita menyembahnya dan jatuh tersungkur dikakinya.
Bila hati kita keras sukar sekali untuk kita benar banar memahami adanya kehidupan selepas mati dan adanya seksa pertama dialam baru iaitu seksa kubur.
Telah berkata Imam Al-Faqih Rahimahullahu yang bermaksud;
Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur hendaklah memelihara empat pekara dan menjauh empat pekara.Adapun empat pekara yang harus dipelihara adalah memelihara solat,bersedekah,membaca Al-quran dan tasbih,kerana empat pekara ini boleh menerangi dan meluaska kubur.Adapun empat pekara yang harus dijauhi iaitu;berbohong,adu domba(mengumpat) kencing atas badan(tidak dibersihkan) dan khianat.
"Bersucilah kalian dari kencing,kerana sesungguhnya seksa kubur itu disebabkan olehnya..
Lalu turun lah dua malaikat yang sangat keras dan kasar sikapnya,mereka memecah bumi dengan kepalanyanya.Mereka itulah mungkar dan Nakir.Maka duduklah keduanya disisi mayat dan bertanya;
"Siapa tuhan mu?Hingga pertanyaan berakhir.Apabila hamba tersebut dari golongan yang beruntung dia akan menjawap;"Allah tuhan ku,Muhammad nabiku dan Islam agama ku,kaabah kiblatku dan orang orang yang beriman saudara ku.
Maka berkatalah mereka"Tidurlah wahai hamba seperti tidurnya pengantin"Lalu mereka bukakan hamba tersebut sebuah lubang diseberang kepalanya.Dapat lah dia melihat dari lubang tersebut rumah dan tempatnya disyurga.Lalu kedua malaikat kembali membawa roh kelangit dan meletakkan roh tersebut kedalam lampu yang digantungkan diatas Arasy. 


Dalam hadis qudsy diterangkan 
Dari Abu Hurairah ra,berkata;Rasulullah saw bersabda;Allah swt berfirman;seorang hamba dari hambaku aku keluarkan dari dunia sedangkan akau ingin mengampuninya dia hanya dengan jalan mengurangi keburukan amal-amalnya melalui sakit dijasadnya,kesulitan dalam kehidupan,tertimpa kesusahan,Apabila masih ditinggalkan keburukan amal-amalya,maka aku keraskan kesakitan itu waktu nazak hingga dia itu bertemu denganku tanpa membawa sedikitpun kejahatan.

Diriwayatkan bahawa apabila sseorang hamba yang mukmin terputus dari dunia dan menghadapi akhirat,maka turunlah malaikat dari langit kepadanya dengan wajah yang putih bagaikan cahaya dengan membawa kafan dan cendana dari syurga.Mereka itu duduk disisi mukmin sepanjang penglihatan mata.Lalu datanglah Izrail diarah kepala MUkmin,seraya memerintah;'Keluarlah wahai roh yang tenang dan kembalilah ke pengampunan dan keredaan Allah swt....Lalu Rasulullah  saw bersabda;Maka keluarlah roh tersebut dengan mengalir dari badan mukmin seperti mengalirnya setitik air dari minuman/"Maka para malaikat mengambilnya dan meletakkannya ditangan mereka,lalu mereka masukkan roh tersebut dikafan-kafan lalu keluarlah bau harum dari kafan-kafan tersebut seharum minyak kasturi."


Adapun roh yang jahat akan dikatakan padanya;"Keluar lah kamu kepada seksa dan kemurkaan Allah swt.
Lalu Rasulullah saw bersabda;Maka berpisah lah roh tersebut dari jasadnya dan dikeluarkan nya dan ketika roh tersebut keluar,maka semua yang ada diantara bumi dan langit yang menemuinya sama melaknatnya/Laknat tersebut terdengar oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia.Para malaikat  membawa roh tersebut naik kelangit dunia tetapi tertutup lah pintu langit lantaran roh yang jahat.Lalu diperintah Para malaikat mengembalikan ketempat pembaringannya.
Maka dikembalikan roh itu dikuburnya dan datanglah malaikat mungkar dan nakir bagai petir yang menyambar dengan wajah yang bengis memecah bumi dan ditanya"Siapa tuhan mu?Mayat menjawap aku tidak tahu..
Maka disserulah keduanya dari arah kubur."Aku lah dia"Lalu keduanya memukul hamba derhaka itu dengan pemukul besi dan andaikata semua mahluk berkumpul tiada lah dapat mengangkat pemukul itu,menyala lah kuburan dengan api ,dikumpul tulang belulang yang berselerakan,kemudian datang lah seorang yang hodoh parasnya dan baunya busuk bagai bangkai.Dan bertanya simayat siapakah engkau?.Lalu dijawap;"Aku adalah amal perbuatan jahat mu..Lalu dibuka bagi hamba tersebut pintu keneraka dan terlihat tempatnya dineraka hingga kiamat datang kelak.


Diriwayat kan bahawa seorang mukmin mengalami fitnah kubur selama tujuh hari.Sedangkan orang yang ingkar dan kafir selama empat puluh hari.
Dan sama sama lah kita berdoa agar dipermudah kan urusan kita didunia dan mohon lah agar kita dapat dihindar dari siksa kubur.

Semoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment