MASAALAH HALAL DAN HARAM

Friday 5 August 2011
Masaalah halal atau haram tentang sesuatu produk atau makanan hari ini semakin menjadi jadi dan seakan sukar untuk diatasi.Setelah bertahun tahun digunakan dan dimakan oleh kita umat Islam,akhirnya kita dikejutkan dengan kabar yang mengesahkan ianya tidak halal atau mengandungi lemak khinzir.

Siapa yang harus dipersalahkan?.Pihak yang sepatutnya memantau setiap produk luar negara atau kita sendiri sebagai pengguna.Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berhati hati, dewasa ini bukan saja dari luar negara tapi dinegara kita sendiri terdapat kilang-kilang yang bukan milik orang Islam yang  memproses makanan yang kita sendiri umat Islam yang memakannya,kerana sifat kurang berhati-hati,cukup ada tanda halal maka kita beli saja.Bukan tujuan kita nak memboikot semua keluaran orang bukan islam tapi menjadi kewajipan kita memelihara kesucian Agama kita.

Umat Islam hari ini harus berjuang demi kepentingan ummah,dimana orang-orang bukan Islam apatah kini kita di-zaman barat yang menguasai politik ekonomi.Hanya cara kita berjuang berbeza-beza mengikut fitrah kita dan kerana ada perjuangan yang masih berterusan maka akan ada saja produk atau apa saja keluaran yang tidak halal dapat dikesan.Kita tetap harus bersyukur kerana akhirnya kita tahu juga mana yang produk yang diharamkan.Semuanya atas usaha hamba-hamba Allah yang mahu berkongsi maklumat demi kepentingan ummah.


Justeru itu,sekali lagi kita sendiri sebagai pengguna perlu berhati hati dalam setiap tindakan yang kita ambil sewaktu kita hendak membeli apa saja produk dari luar negara,termasuk pakaian,kasut,beg tangan atau pun dan yang kurang diberi perhatian produk-produk  yang di keluarkan melalui jualan langsung.Biasanya ada diantara barangan tersebut amat kita minati atau gemar,disini lah keimanan kita yang memain peranan.

Walau kita menyedari dunia ekonomi terbesar dikuasai oleh barat,tapi kita sendiri sebagai umat Islam  tidak mengambil berat tentang pekara ini,apabila pihak Koshner yang diterajui oleh Yahudi  mengiktrafkan sesuatu produk itu halal kita terus mempercayainya.Malah kita merasa begitu banggakerana menggunakan produk luar negara. Mungkin saya salah kerana kurangnya pengetahuan tentang dunia luar tapi cuba kita fikirkan didalam Al-Quran Allah SWT berfirman;


Bermaksud:Untuk orang yahudi kami haramkan segala binatang yang berkuku dan dari lembu dan biri-biri pula,kami haramkan lemak-lemaknya kecuali yang melekat pada belakangnya atau yang menyeliputi pekakas dalam perutnya atau yang bercampur dengan tulang.Demikian lah kami balas atas kedurhakaan mereka dan sesungguhnya kami lah yang benar.(Surah Al-An'am-14


Dari ayat diatas dapat kita fahami  pengharaman Allah keatas mereka kerana dusta yang mereka lakukan terhadap Allah SWT. 
Dan saat itu lah dendam mereka bermula kerana kebencian dan dendam mereka pada ugama Islam dan atas umat Muhammad saw  dan hingga kehari ini ada saja caranya untuk merosakkan kesucian umat yang beragama Islam dan Agama Islam itu sendiri.

Maka sama-sama kita renung kan dan sentiasa berdoa agar kita sentiasa terlindung dari membeli,menggunakan atau makan produk-produk yang tidak halal disamping berusaha untuk mendedahkan apa saja yang diharamkan walaupun akan ada pihak-pihak tertentu yang tidak setuju. 


Biarkah kita hilang keredhaan manusia asal kita mendapat redha Allah SWT.
Semoga bermanfaat  untuk semua.





 

0 comments:

Post a Comment