MALAM LAILATUL QADAR

Sunday 14 August 2011
"Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh berkah. yang hanya ditentukan oleh Allah swt bagi umat Muhammad saw. Ia ada lah seutama-utama malam berbanding dengan malam malam yang lain.Malam yang menjadi salam permulaan  hingga terbitnya fajar.Lebih baik daripada 1000 bulan.
Allah swt telah memilih saat-saat yang baik,maka Allah memilih saat untuk waktu solat.Allah memilih hari maka dipilih hari jumaat,Allah memilih bulan dan bulannya Ramadhan dan Allah memilih malam maka malamnya malam Lailatul Qadar.
Dinamakan malam Lailatul Qadar pada malam itu kerana turunnya Al-Quran yang mempunyai kedudukan yang agung dan mulia, berserta rahmat yang memililik keagungannya dan juga para malaikat yang mulia


Pada malam Lailatul Qadar Allah swt menyuruh Malaikat Jibril as. dalam perhimpunan  para malaikat agar turun kebumi bersama panji-panji hijau,lalu dipacak diatas Baitullah.Kemudian Malaikat Jibril as.membuka dua sayapnya memenuhi masyrik dan maghrib (timur dan barat).Malaikat Jibril as mengetuai  rombongan para malaikat turun kebumi menziarahi  yang beriman dengan memberi salam kepada setiap orang samaada yang sedang berdiri,duduk,,bersolat,berzikir sambil mengucap amin sehingga terbit fajar.


Orang-orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar akan memperolehi keutamaan yang besar disisi Allah SWT.Orang yang dapat melihat keajaiban atau suasana luar biasa pada malam Lailatul Qadar pasti akan memperolehi berapa kelebihan.Sesiapa saja yang dapat menyaksikan malam tersebut sunat menyembunyikan dari pengetahuan orang lain atau sunat dirahsiakan.


Bahawasanya Allah s.w.t. memperhatikan kepada mereka itu dan mengampunkan dosa-dosa mereka melainkan empat golongan iaitu:
a.orang yang terus menerus minum arak
b.orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya.
c.orang yang memutuskan hubungan silaturrahim
d,orang yang masyahim(bergaduh dan tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari)


Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat dua rakaat pada malam Al-Qadar sedang pada tiap-tiap rakaat dia membaca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas tujuh kali dan selepas salam berzikir membaca Astaghfirullaha wa atubu ilaihi ;sebanyak tujuh puluh kali dengan keimanan maka dia tidak berdiri sehingga Allah mengampuninya dan kedua-dua orang tuanya.
Dan Allah Ta"ala mengirimkan para malaikat kesyurga untuk menanam baginya beberapa pohon ,membangunkan gedung istana dan mengalirkan air sungai.Dan dia tidak akan mati melainkan sehingga dia melihat semua itu.(tafsir Hanafi)


Dan dikatakan malaikat yang turun pada malam tersebut ialah malaikat yang dua kakinya kebawah bumi yang ketujuh dan kepalanya dibawah Arasy yang paling tinggi.Mempunyai seribu kepala yang lebih besar daripada bumi dan  setiap kepala terdapat seribu wajah dan setiap wajah terdapat seribu mulut dan setiap mulut terdapat seribu lisan sedang bertasbih kepada Allah S.W.T., memohon keampunan buat umat nabi Muhammad s.a,w.(tafsir-al-tafsir)


Semoga dengan rahmat Allah kita semua berkesempatan menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan keimanan .Allah sengaja merahsiakan saat turunnya Lailatul Qadar agar kita semua berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari  keberkatan malam itu dengan penuh sabar dan semua kita memang mengharap kurnia Allah.
Semoga kita termasuk orang-orang yang diredhainya didunia dan akhirat.


Adalah Rasulullah saw bersungguh-sungguh beribadat  pada sepuluh malam yang akhir,apa yang tidak dilakukannya pada puluhan malam yang lain (H.R Muslim)

0 comments:

Post a Comment