BETAPA HEBATNYA AKAL KU

Wednesday 10 August 2011
Segala puji bagi Allah yang mencipta segala-galanya dan bersyukur aku masih bernafas untuk berkongsi hakikat arti kehidupan yang aku sendiri kadang-kadang terlepas untuk memahaminya.Dan tiada lah kita manusia ini hebat ,kerena kita tetap belajar,meniru dari insan atau hamba-hamba Allah yang dia juga asalnya belajar dan meniru,begitu lah kehidupan .sehingga berakhirnya alam ini.

Tetapi kadang-kadang kita terlupa juga yang kita rasakan betapa hebatnya akal kita,,kerana begitu panjang sekali kakinya akal kita mampu menjelajahi dunia sehingga tidak ada pelosok dunia yang tidak dijelajahi.Rasanya dalam tiap saat nafas  tidak ada ruang-ruangan dunia ini tidak dipijak untuk memperolehi ilmu,maklumat dan berbagai-bagai pengetahuan.

Sekejap akal kita berpijak diatas gunung,kemudian kebawah gunung,kemudiannya berpijak lagi dibumi,kelapisan bumi,kedasar lautan.Berjalan lagi kakinya menjelajahi padang pasir,gurunnya ,kemana saja yang kecil yang besar,diterokainya empat penjuru dunia,kutub utara,selatan,timur dan barat,habis hutan belantara dan disamping khazanah yang lain ,hebat sungguh semuanya diselongkar.Habis seluruh khazanah dikumpulkan.
Tidak ada apa yang tidak dapat dilihat dan pastikan semuanya,kerana terasa betapa hebatnya seolah dunia hanya sebesar dulang.
Sungguh hebat otak manusia dan akalnya,kalau begitu seolah-olah akal kita itu bebas merdeka,begitu hebat sekali ciptaan Allah untuk manusia..luar biasa.

Tapi malangnya ia bukan milik kita,Para malaikat sendiri mengakui dihadapan Allah swt tiadalah mereka mempunyai pengetahuan melainkan apa yang telah Allah ajarkan kepada mereka. 
Walau sedemikian hebatnya dan bebasnya namun apabila jiwa manusia itu sempit tiada kekuatan iman kita manusia akan rasa terseksa,seakan hidup gelap gelita.
Faham lah kita kalau akal kuat dan merdeka belum pasti selamat jika jiwa kita lemah dan merdeka,akal pun akhirnya akan ikut lemah dikala ujian atau masaalah bertandang menjenguk kita.Disaat itu pasti segalanya berubah..
Kalau boleh jangan dibiar diri kita terkurung  dan di penjara oleh nafsu kita yang memang tidak suka jiwa bebas merdeka,Andai ku mampu biarlah ia terbang bukan sahaja menjelajahi dunia ini tetapi menjelajahi alam malakut..kerohaniah yang lebih tinggi.Dan jika boleh biarkan jiwaku bersama tuhan ku,setiap jiwa bersama tuhan pasti akan kuat gagah pekasa disamping bebas merdeka.
Begitu lah kita manusia didunia ini..Begitu lah jua aku ,Allah berfirman;
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit dan gunung-gunung,maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikulkan lah oleh manusia,sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."(surah Al-Ahzab;72)


Kerana termasuk diantara kebodohan itu manusia merasakan dirinya hebat.
Walaupun hakikatnya diri kita ini lemah '
"Jangan membanggakan terhadap sesuatu kecondongan hati  yang belum diketahui buahnya sebab bukan yang diharap dari awan itu sekedar hujan tapi tujuan utamanya adalah buah dari pohon-pohonan.


Dan semoga ia bermanfaat buat diri ku dan semoga aku akan sentiasa malu akan kelemahan ku  dan semoga jua bermanfaat buat yang sudi membacanya.

2 comments:

{ Lok 7 } at: 11 August 2011 at 01:20 said...

tidak ada apa yang nak dimalukan, ya umie, kerana itu semua ilmu dari pengajaran yang dapat menyantuni hati, insyaAllah.. terima kasih perkongsian ini..

{ ummi zainab } at: 13 August 2011 at 05:30 said...

Alhamdulillah kerana sentiasa memberi semangat dan semoga setiap perkongsian Ilmu dapat memberi semangat untuk ku terus berkarya.Terima kasih Lok7.

Post a Comment