DOSA YANG TERSEBAR

Monday 15 August 2011
Al-Bukhari teleh meriwayatkan dari Sumrah Ibn Jundub At-Tawil mengenai mimpi yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w..Mimpi tersebut mengenai dengan balasan pelaku-pelaku dosa diAkhirat dan bentuk penyiksaannya.Pada keesokan hari beliau menceritaka mimpinya itu kepada para sahabat  baginda.Seperti mana yang kita ketahui mimpi para nabi adalah kebenaran dan wahyu.

Didalam sebuah hadith menceritakan bahawa Rasulullah saw telah melihat didalam mimpinya dua Malaikat yang berkata kepada baginda:"Mari kita bertolak""mari kita bertolak
Rasulullah saw menceritakan:"kemudian kami pun pergi kepada seorang lelaki yang terlentang.Seorang lelaki berdiri berhampiran dengan penyangkuk dari besi.Lelaki tersebut mencakuk tulang pipinya sehingga ke tengkuknya.
Kemudian dia beralih dari tengkuk belakangnya dan mencakuknya sehingga kedepan...Dari matanya dicangkuknya pula ketengkuknya..kemudian dia berpindah ketempat lain.Dia melakukan seperti mana yang dilakukan pada permulaannya tadi.Apa bila dia sembuh seperti sediakala dia kembali melakukannya sepertimana tadi..

Setelah menyaksikan pekara tersebut Rasulullah bertanyakan dua Malaikat tersebut supaya mentafsir apa yang dilihat baginda.
Kedua Malaikat pun berkata;"lelaki yang kamu lihat dicangkuk tulang pipinya ketengkuk dari belakang dan dari belakang ke tengkuk ,serta dari mata ketengkuk itu ialah lelaki yang keluar dari rumahnya dan dia berdusta sehingga sampai kemerata pelusuk tempat.

Pendusta diseksa dengan seksaan yang mengerikan lagi menyakitkan.Tidak terbatas kepada seorang atau dua orang,ianya tersebar ketimur atau pun barat atau keseluruh tempat..

Contoh untuk pekara begini ialah jika seseorang menjadi wartawan hendak lah ia mengetahui selok belok ugama dan hukum hakamnya..Semuanya agar selamat dari menyiarkan berita berita palsu,begitu lah juga untuk karyawan,seniman ..agar tidak tersilap kerana dizaman teknologi moden ia begitu cepat tersebar hingga sukar untuk berpatah balik.
Dan  ia tidak berhenti disitu saja,bagaimana pula dengan pemerintah,,penguasa dan pemimpin,jangan lah melakukan penindasan atau menzalimi sesama manusia,apatah lagi dizaman ini ilmu kemajuan mempunyai pengaruh yang besar terhadap manusia dalam membentuk pemikiran,cita rasa dan kecenderungan .

Terdapat sebuah hadith yang berbunyi;
"Maksudnya suatu hari nanti,seorang pemimpin atau pemerintah yang adil adalah lebih baik dari ibadah enam puluh tahun"

Pemerintah seperti yang disebut akan dapat melaksanakan hukum Allah dan menjauhi segala unsur-unsur buruk..untuk itu pemerintah bukan setakat yang menjawat Jawatan  yang tinggi dalam kerajaan tapi pemerintah adalah khalifah Allah dimuka bumi dan kita adalah khalifah pada diri kita dan keluarga kita..Kerana kuasa diktator tidak semesti pada  pemerintah sahaja tapi ia juga ada pada diri kita.Baik yang lelaki atau wanita..Kerana kita selalu lupa kita sendiri sering melakukan ketidakadilan di bumi ini Allah ini dan tidak mampu memimpin diri sendiri kejalan yang sepatutnya.
Buat renungan diriku sendiri dan semoga bermanfaat buat kalian.

0 comments:

Post a Comment