MULIAKAN HARI JUMAAT

Thursday 4 August 2011
Hari Jumaat adalah hari yang mulia dimana terkabulnya sebahagian doa.Allah akan menurunkan rahmatnya kepada sesiapa saja yang mau memperbanyakkan doa pada hari itu.Akan diberi kemuliaan disisi para nabi dan disisinya.Diriwayatkan oleh Abu Amer dari Ayahnya.Dan Ayahnya dari neneknya,bahawasanya Rasulullah saw pernah bercerita sebagai berikut;

Dibelakang gunung 'Gaaf' terdapat sebidang tanah yang tandus.Warnanya putih tidak di tumbuhi selembar rumput.Luasnya seluas tujuh kali dunia..Disana penuh sesak para malaikat,seandainya ada jarum dijatuhkan diatas sana,maka tak mungkin dapat jatuh ketanah,kerana rapatnya barisan para malaikat itu.Ditangan para malaikat terdapat selembar bendera panjangnya empat puluh fasakh,Tiap -tiap bendera terdapat tulisan;
Lailahaillallah,Muhammad Rasulullah.

Para Malaikat-Malaikat itu berkumpul tiap hari Jumaat disekitar gunung 'Gaaf' memohon pada Allah dan mendoakan keselamatan bagi umat nabi Muhammad,bila fajar datang,mereka berdoa,'Ya Allah,ampunilah dosa orang yang mandi dan menghadiri solat Jumaat'.Kemudian Allah berfirman.'wahai para malaikatku! Apa yang kamu kehendaki dan kamu inginkan?'
'Kami menginginkan agar Engkau mengampun dosa umat Muhammad'jawap para malaikat.'Aku telah mengampuni mereka'firman Allah.

Demikianlah sebuah hadis yang diriwayatkan diatas.Betapa mulia hari Jumaat.Sebab pada hari itu Nabi Adam diciptakan Allah.Dan nabi Adam juga dimasukkan kedalam surga pada hari Jumaat dan dikeluarkan dari surga juga pada hari Jumaat.Kemudian Nabi Adam meninggal dunia juga pada hari Jumaat .Tanda kehancuran dunia hari kiamat datang pada hari Jumaat dan waktu itu lah sangkakala ditiup.

Siapa yang membaca salawat pada hari Jumaat dengan iklas maka dosanya akan diampuni.Bayangkan betapa besarnya nilai sebuah kalimat shalawat.Apalagi jika dibaca pada hari Jumaat.Tapi adakah cukup hanya dengan membaca shalawat saja tanpa beribadah solat?Tentulah tidak seorang muslim tentunya harus melakukan syariat dan ibadah yang wajib.Shalawat akan diterima jika pembacanya  seorang mukmin kerana ia kelak antara amalan yang mempermudahkan nasib seseorang dialam akhirat.

Malangnya hari ini setiap minggu jika ada kenduri perkahwinan mulai hari Jumaat biasanya kemungkaran berlaku.Akan ada saja hiburan untuk memeriahkan rumah pengantin dan mereka tidak pernah peduli walau pun Allah sendiri memuliakan hari Jumaat..semoga kita dijauhkan dari berbuat maksiat dan kemungkaran di hari Jumaat..Jangan kerana kita nak menghibur tetamu atau pun kerana kita mengharap redha manusia dan kita sanggup tinggal kan keredhaan Allah.Walau kita tak mungkin menjadi seorang yang warak cukup lah kalau kita mengenal batas-batas kita sebagai hambanya.Semoga kita sentiasa memuliakan hari Jumaat hingga ajal menjemput kita.
Semoga bermanfaat..

0 comments:

Post a Comment