SIAPA QARIN ANDA

Monday 8 August 2011
Qarin adalah Jin yang dicipta Allah sebagai pendamping manusia.Allah mencipta qarin buat manusia satu dari bangsa Jin dan satu pula dari bangsa Malaikat.Setiap manusia yang dilahirkan pasti mempunyai pendampingnya sendiri.Malah Rasulullah saw juga mempunyai qarinnya tapi qarin baginda telah diislamkan sedangkan qarin kita yang berbangsa jin itu kafir.

Secara dasarnya qarin yang kafir ini mendorong manusia yang didampingi melakukan kejahatan.Ia menganggu manusia ketika solat,membaca Al-Quran,belajar dan yang jelas dalam semua pekara kebaikan yang dilakukan manusia.Ia menimbulkan perasaan was-was dan tidak khusyuk ketika beribadah.Pernah di suatu ketika saya kenegara jiran dan ketika itu hampir waktu Zuhur,kami mengambil keputusan untuk terus kemasjid besar tersebut,selepas mengambil wudhuk saya pun mencari ruang solat untuk jemaah wanita yang berpandu pada penanda,ketika saya masuk saya dapati belum ada jemaah lain tapi selepas menunaikan solat sunat tanpa saya sedari rupanya ada seorang wanita  duduk disaf depan disebelah kiri.Dan bila imam memulakan solat berjemaat zuhur saya pun mengambil tempat disebelahnya.Mulanya macam biasa tapi bila imam mengucap AllahuAkbar wanita itu mula menguap seakan meraung,saya agak terganggu ,kemudian bila imam mula membaca surah Al-Fatihah sekali lagi dia menguap dengan nyaring sekali dan saya benar-benar terganggu dan saya belum pernah berjumpa dengan pekara sebegini dan dalam hati dah tak khusyuk saya berharap tiada lagi selepas itu tapi rupanya semakin kuat nguapannya disetiap rukuk,sujud dan hingga kesaat imam membaca tahiyat akhir dia sempat menyambut handsetnya yang berbunyi dan dalam tak khusyuk saya pun sempat terdengar dia menjawap "nantilah aku tengah sembahyang ni" dan menyambung balik solatnya.Dari loghat nampak bukan orang tempatan.Dan bersolat lah aku hari itu ditemani qarinnyanya yang begitu menjengkelkan,tapi selepas solat tidak pulak terdengar dia menguap lagi dan saya perhatikan wajah dan nampak bengis sekali.apalagi saya pun ,segera bersolat sunat dan selepas saya solat sunat dia pun dah keluar,selepas itu sepanjang hari saya pulak yang mengantuk dan asyik menguap tapi saya lakukan pekara yang patut dan akhirnya dapat juga saya mengatasinya,biasanya kita akan terasa mengantuk bila nak solat atau selepas solat.Walaupun saya menguap tapi tidak lah sampai bunyi seakan kerbau disembelih ,Begitu lah ingatan saya tentang cara wanita itu menguap.Dan mungkin kalau bukan kerana dia menjawap panggilan temannya pasti saya berfikiran yang dia bukan manusia biasa,,entah ini juga satu pengajaran yang bermakna buat diri saya.


Dan Allah itu maha adil dalam penciptaannya dan tiada lah Allah itu bersikap zalim.Lantaran itu untuk mengimbangi qarin yang kafir,Allah swt mengutus qarin yang berbansa malaikat untuk membisik kepada manusia dan mengajak mereka melakukan kebaikan dalam bentuk apa jua.
Kerana itu lah manusia mempunyai dua pilihan dan jika kita berjaya mengatasi hasutan dari qarin yang kafir ini maka ia lemah dan tidak berdaya tetapi jika sebaliknya maka dia yang akan menguasai kita.

Akan terpisah manusia dengan nya ketika ajal kita telah sampai,namun qarin ini tidak akan mati dan terus tinggal didunia sehingga hari kiamat.Diakhirat kelak qarin ini akan diadili dihadapan Allah swt tetapi qarin ini tidak akan mengakui atau bertanggung jawap atas segala dosa yang manusia lakukan,walaupun pada hakikatnya mereka yang mengajak manusia melakukan kejahatan.

Ada punca-puncanya qarin menguasai manusia,yang menyebabkan qarin ini berjaya menguasai dan mempengaruhi manusia hingga melakukan kejahatan disepanjang hidup .Puncanya apabila bisikan-bisikannya diikuti dan dipatuhi sehingga manusia menjadi hambanya.Atau ada manusia lain yang menggunakan sihir atau ilmu hitam  dan ini juga boleh membangkit dan menguatkan qarin untuk menguasai manusia.

Untuk mengenali diri kita adakah kita dikuasai oleh qarin terdapat tanda-tandanya.Kebiasaan orang yang dikuasai qarin akan berterusan merasa was-was dan ragu ragu dalam melakukan ibadah dan jika didalam bab wudhuk akan mengulangi wudhuknya berulang kali.dalam solat mengulang rakaat berulang kali atau lupa tidak pasti bilangan rakaat dan lain-lain,Dan antaranya berperasaan prasangka dan cemburu pada orang lain,pasangan dan menimbulkan sengketa dalam rumah tangga ,keluarga atau jiran-jiran.
Ada pulak apabila dibaca ayat-ayat Al Quran mereka akan menguap seperti orang mengantuk.Apabila dibaca surah An-Nas dia akan menangis dan terdapat juga yang terlalu banyak mengeluh akan keadaan dirinya.

Terdapat rawatan untuk orang yang dikuasai qarin.
Bacalah surah Al-Fatihah 7 kali
Baca surah Thaha 3 kali
Baca surah yunus 3kali
Baca 'Salamun qaulam mirrabirrahim (3kali)
Baca surah yasin ayat 71  ,72  , dan 73 (11kali)
Baca surah Al Iklas (3kali)
Baca surah Al Falaq (3kai) Baca surah An-nas (3kali)

Mungkin bila kita bercerita tentang qarin kita cuma menganggap ianya pekara kecil tapi sebenar ini lah salah satu punca masaalah dalam kehidupan kita.
Rawatan untuk kita mengusir atau menunduknya
Bacalah surah Al -Kafirun dalam seminggu (1002 kali)
Baca surah Al -Ikhlas dalam seminggu (1002 kali)
Baca surah Al-Falaq dalam seminggu (1002 kali) 
Baca surah An-Nas dalam seminggu (1d002 kali)

Berusaha lah untuk kepentingan dan kebaikan diri kita sendiri ,dengan izin Allah selepas kita mengamalkan ayat-ayat tersebut dengan ikhlas dan kerana Allah,insya Allah Qarin yang menguasai manusia dapat dilemahkan.Sehingga kita dapat menyempurnakan ibadah kita dengan baik dan kehidupan kita semakin teratur dan semoga bermanfaat buat aku dan kalian semua.

0 comments:

Post a Comment