MENGAPA KITA BERKAHWIN

Thursday 11 August 2011
Salam Jumaat buat semua..Perkahwinan adalah satu ikatan antara seorang lelaki dan wanita,bagi yang faham islam yang beramal,menghayati dan mencintai agamanya yang ada cita-cita hendak membangunkan agama kemudian diperjuangkan melalui ikatan perkahwinan kerana  mendirikan rumahtangga itu mempunyai arti yang besar.
Daripada peribadi muslim dan keluarga muslim menjadi titik tolak atau permulaan untuk memancarkan Islam kedalam masyarakat dan keseluruh alam sejagat.Semua ini mudah dengan izin Allah kalau pilihan suami isteri itu tepat dan mengikut ajaran Islam.

Secara tuntutan Islam,kemudian ditakdirkan dengan kurnia Allah jua mendapat cahaya mata dan hubungan dua insan yang mempunyai cita-cita islam yang mendalam maka insya allah akan anak -anak itu akan dididik secara kehidupan yang dituntut olah islam.

Tapi apa yang ingin kucoretkan lebih ku tujukan buat renungan diriku dan keluarga ku sendiri ,kerana bila kita bercakap mengenai pekara begini pasti ada yang tersentuh.Bukan niat hendak menyentuh sesiapa kenyataannya kita hari ini ,umat islam sendiri amat sulit untuk memperjuangkan islam kerana kita yang mengaku islam atau keluarga islam sendiri belum bersedia.
Mengapa?Semuanya kesilapan bermula dari dari individu atau dari pasangan suami isteri yang hendak berkahwin.Islam tidak menjadi matlamat ketika hendak bernikah,tidak mempunyai cita-cita islam,berkahwin kerana hendak melepaskan tuntutan naluri atau kemahuan semula jadi.
Soalannya apakah tujuan perkahwinan sebegini?Sekadar melepaskan tuntutan?

Sedangkan mengikut islam perkahwinan litu harus ada peraturannya,Lantaran itu lah perkahwinan itu amat perlu sekali kerana kita dapat melahirkan masyarakat islam kecil melaluinya.
Malang sekali yang berkahwin hari ini sudah terlalu jauh menyimpang daripada tujuan dan maksud asal.Berkahwin bukan lagi dihubung kait dengan cita cita islam tapi semuanya kerana ada sebab sebab tertentu atau kepentingan peribadi atau kerana mencari kedudukan.Ada yang berkahwin kerana nafsu,ada yang kerana hendak kan zuriat,ada yang sekadar mencari perlindungan,ada yang berkahwin kerana takut kesepian,ada yang berkahwin takut sakit peningnya tiada yang mengurus,makan minumnya siapa yang nak mengurus, dan keinginan kita manusia sukar sekali hendak dijangkau.

Oleh itu jelas sekali diawal-awal lagi cita-cita dan perjuangan telah tersilap,hinggakan pertemuan dua manusia yang berlainan jenis pun akan tersilap maka akan berlaku lah berbagai kesilapan yang berpanjangan.
Oleh sebab itu daripada empat pilihan itu,iaitu kecantikan,harta,keturunan dan agama ,pilihlah kerana agamanya ia sangat menyelamatkan dunia dan akhirat kita.Untuk yang bertuah mungkin boleh memiliki keempat-empatnya.

Keseronokan dalam perkahwinan itu  terjadi dengan sendirinya,ia terikut sama didalam menegakkan cita-cita perkahwinan,kalau kita mengatakan perkahwinan itu bukan tujuan untuk berhibur dan berseronok bukan pula artinya tidak boleh berhibur antara suami isteri cuma itu bukan matlamat utama perkahwinan.
Matlamat perkahwinan,ia lebih besar dan lebih agung dan lebih suci dari itu,iaitu menegak cita-cita Islam..
Semoga bermanfaat..

0 comments:

Post a Comment