BERSUMPAH DAN YANG MENYUMPAH

Saturday, 6 August 2011
Kenapa kita dilarang bersumpah dan menyumpah,kerana Allah swt telah melarang kita hamba-hambanya bersikap sedemikian.Didalam kitab suci Al-Quran terdapat ayat-ayat yang melarang kita bersumpah.Ada sebahagian dari kita orang yang mengaku Islam tapi masih suka bersumpah dan menyumpah.Kenapa?.Selalu yang kita dengar ibu atau ayah yang menyumpah anak-anak mereka atau teman teman yang suka bersumpah dan menyumpah.Kerana mereka ingin menegakkan kebenaran dan kepentingan diri sendiri atau atas sebab-sebab tertentu.

Allah swt berfirman yang bermaksud'

"JANGAN LAH KAMU SEPERTI PEREMPUAN YANG MENGURAIKAN KEMBALI TENUNANNYA YANG SUDAH SIAP MENJADI TERURAI,DENGAN MEMBUAT SUMPAHMU SEBAGAI MUSLIHAT AGAR KAMU DAPAT MENJADI YANG LEBIH KUAT DARIPADA ORANG LAIN,SESUNGGUHNYA ALLAH HENDAK MENGUJI KAMU DENGAN SUMPAHAN.PADA HARI KIAMAT AKAN DIJELASKAN KEPADAMU SEGALA YANG KAMU PERSELISIHKAN (AN-NAHL-92)

Dan ada yang suka bersumpah dengan nama Allah untuk melakukan sesuatu niat atau bernazar atau kerana nak mendapat jawatan tertentu,dan menjadi kelaziman masyarakat kita hari ini sering bersumpah dengan mengucap; contoh;" demi Allah tak nak aku kerumahnya lagi atau demi Allah tak nak makan dirumahnya lagi,dan berbagai cara mereka bersunpah tapi jangan pulak kita lupa setiap sumpah ada kifarahnya maka tiap yang dilafaz dengan nama Allah berat lah buat yang melafaz itu.Kena bayar kifarah baru kita boleh terlepas dari sumpahan kita sendiri.

Allah berfirman;
"Tepati lah janji mu dengan Allah jika kamu berjanji.Jangan kamu langgar sumpahmu setelah bersumpah dengan menyebut nama Allah.Kamu telah menjadi Allah sebagai penanggung mu.Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan(Al-Maidah-106)


Dan terdapat juga firman Allah swt yang melarang kita menjual sumpah kerana mencari keuntungan walau pada kerabat yang dekat,dan ayat ini lebih ditujukan untuk golongan yang sanggup bersumpah ketika menjadi saksi demi ikatan persaudaraan walaupun dia mengetahui kesalahan yang dilakukan oleh saudaranya itu.


Dan yang ingin saya sentuh juga tentang kelaziman saudara mara kita atau masyarakat kita hari ini kebanyakannya merasa bangga apabila mereka menyumpah.Ada yang mengatakan'MASIN MULUT KU INI'"kalau aku menyumpah menjadi,tengok apa yang jadi kat si fulan tu!kena sumpah aku lah tu,dan yang cetek akal pula menyokong,,"betul tu kalau dia menyumpah makbul.
Apa yang mereka lupa akibat dan natijah sumpahan mereka akan terkena balik pada diri mereka ,atau anak-anak mereka kecuali jika anak-anak mereka bukan dalam golongan mereka( golongan yang suka menyumpah )maka Allah akan memelihara mereka.


Dan terdapat riwayat yang menyatakan apabila seseorang itu menyumpah maka berlegar-legar lah sumpahan itu,pertamanya ia akan naik kelangit yang pertama tetapi tiada yang menerimanya,kemudian ia naik lagi langit yang kedua pun tidak diterima,kelangit yang ketiga,keempat ,kelima,keenam dan ketujuh semuanya enggan menerima.Kemudian sumpah itu berlegar-legar lagi lalu ia masuk kedalam lapisan bumi yang pertama,tiada yang menerima,terus ke lapisan bumi kedua,ketiga,keempat,kelima,keenam dan ketujuh,semuanya tetap enggan menerima.
Maka berlegar -legar lah sumpah itu lagi hendak menempatkan dirinya akhirnya setelah tiada tempat nak ditujunya iapun kembali kepada tuan asalnya yang empunya sumpah,maka terpaksa mau atau tidak yang menyumpah menerimanya walau pun dia tidak tahu natijah yang diterimanya itu kerana sumpahannya sendiri.Masa untuknya kembali kepada tuan yang empunya sumpah itu ada yang cepat dan ada yang lambat atau bertahun tahun kemudian.Maka berhati-hati jangan biasakan diri kita suka menyumpah atau bersumpah.


Adakah kita sebagai umat Islam dan mengaku berugama Islam masih tidak sedar akan akibat suka bersumpah dan menyumpah.Maka jika terdapat ahli keluarga kita yang suka menyumpah hendak lah kita cepat-cepat menegurnya kerana semuanya demi kebaikan kita bersama.


Semoga bermanfaat .

4 comments:

{ syafika rasid } at: 8 September 2014 at 12:40 said...

salam umie..nak tanya sikit..kawan saya nie bile die marah die selalu cakap 'curse you'..so boleh ke?

{ Dania haziqah } at: 21 October 2015 at 07:49 said...

Assaamualaikum....kak Umie.Saya Dania.Berumur 12 tahun.Saya ingin bertanya.Hari itu saya dan kawan saya telah bergaduh.Lepastu,die sumpah saya yang saya xkan lulus dlm ujian SDEA yg akan datang.Boleh jadi ke?

{ Dania haziqah } at: 21 October 2015 at 07:51 said...

Assaamualaikum....kak Umie.Saya Dania.Berumur 12 tahun.Saya ingin bertanya.Hari itu saya dan kawan saya telah bergaduh.Lepastu,die sumpah saya yang saya xkan lulus dlm ujian SDEA yg akan datang.Boleh jadi ke?

{ ian marcus } at: 24 December 2015 at 20:25 said...

Asalamualaikum umi dan ukthi ukthi muslimah .Maaf umi saya nak tanya,d sini sya kerja sya puny mjkn,nah ini ibu mjkn laki suka buat masalh terhadap saya pedal saya tak salah,lalu lepas itu dia suka menyumpahi saya dengan al Quran nah saya karna tak merasa salah saya berani d sumpah tapi saya cakap kpda nene itu suruh bersumpah dia sendiri tak mau mi.nah itu bagaimana hukumnya nanti apa dia akan mendptkan balasanya meskipun saya tak balas kejahatan dia ......

Post a Comment