PENTINGNYA MENJAGA HATI (ROH)

Thursday 4 August 2011
Kenapa begitu penting untuk kita menjaga roh,kerana roh itu kekal dan dikekalkan tidak seperti fisikat(jasad lahir) ia binasa.Di akhirat ia akan dieri jasad baru.Roh itu lah yang akan merasa nikmat dan  atau azab kelak.Ia adalah wadah rebutan antara para malaikat dan syaitan sama-sama ingin mengisi,Malaikat dengan iman dan keyakinan,syaitan dengan kekufuran dan keraguan.
Roh juga tempat jatuhnya ilham,merupakan wahbi daripada Allah,aqal tempat ilmu ,jika roh bersih Allah swt akan beri rasa atau pilihan yang tepat.(firasat)
Dan jika roh bergemerlapan bersihnya ,Allah akan memperlihat sebahagian yang ghaib padanya yang dikatakan mukasyafatul qulub,dan mata hatinya lebih tajam dari mata lahirnya. 
Roh juga ada lah raja didalam diri kita,kalau ia baik ia akan arahkan tentera-tenteranya iaitu anggota lahir(jawarih)kearah kebaikan.Dan jika ia jahat maka ia akan arahkan membuat kejahatan.Ia boleh menerima sifat sifat mahmudah  yang dikehendaki dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumah yang dibenci dan dikeji yang sayugia nya dibuang atau dijauhi.
Roh juga adalah merupakan tempat merasa,iaitu kecewa,susah,senang, 
bahagia,dukacita,sempit atau lapang.
Setiap sikap jasad lahir atau tingkah laku kita adalah pancaran dari hati/roh,sama ada ia baik atau buruk.Hati tempat penglihatan atau penilaian Tuhan yang lahir tempat pandangan makhluk,kehidupan yang lahir ia adalah berpunca daripada batin(roh/hati)
Malaikat pun tidak tahu hanya Allah swt yang maha mengetahui.Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas,ia penentuan amalan seseorang itu diterima atau ditolak.
Jika seseorang yang membuat kebaikan orang tak akan mengatakan baik tangan atau kakinya tapi orang akan mengatakan "baik hatinya.
Roh juga punca ketahanan yang lahir,contoh;ketika kita berpuasa dan juga bersembahyang tawarih,semuanya mudah dilaksanakan dengan izin Allah dan kebersihan roh kita.
Wajib untuk kita memberi makan roh kita dengan sembahyang,zikrullah ,membaca Al-Quran,tasbih,tahmid selawat,melihat kebesaran Allah melalui pemandangan dan nikmatnya .
Pakaian roh pula ialah sifat-sifat taqwa.
Dan pencegahan penyakitnya dengan menjauhkan penyakit tamak,bakhil,
pemarah ,pendendam,hasad,sombong,ri'ya,ujub dll.

Semoga bermanfaat buat aku dan kalian semua.

0 comments:

Post a Comment