SIMPTON KERASUKAN JIN DAN SYAITAN

Wednesday 3 August 2011
Tanda-tanda atau simpton orang yang kerasukan menyerupai pesakit mental atau Fizikal dan ia adalah fenomena penyakit yang unik atau berbeza dari penyakit biasa.Biasanya pesakit sedar akan gangguan ghaib ini setelah mereka menjalani rawatan moden tapi tidak berkesan.Maka mula lah Jin dan syaitan dipersalahkan dan hari ini Jin dan Syaitan telah dilabel oleh mereka yang pakar dengan nama nama tertentu untuk memudahkan rawatan.

Nama yang pertama Jin Cinta..dikatakan jin sejenis ini meresap masuk kedalam tubuh mangsa dan bersatu dengannya.Punca kerasukan kerana mendedahkan aurat didalam rumah,berbogel didepan cermin sambil mengagumi tubuh sendiri,tidur atau mandi dalam keadaan berbogel .
Simpton kerasukannya;
Dikatakan jin cinta ini kuat cemburunya,apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan ,ia akan memilikinya.Sekiranya mangsa adalah suami isteri jin ini akan mengunakan tipu helahnya bagi memporak-perandakan rumah tangga mereka.Dan jika mangsa belum kahwin ia akan membuat orang melihat wajah mangsa kelihatan buruk sehingga tiada yang sudi.
Kaedah rawatannya;
Agak sukar bagi mereka yang pakar mengeluar jin tersebut kerana ia telah sebati dengan diri dan jiwa mangsa.Namun kaedah paling berkesan ialah dengan memperbanyak bacaan Al_Quran dan surah yang dibaca khas untuk mangsa jin cinta ialah;
Surah Al-Baqarah keseluruhannya,Surah Yunus ayat 23-43,Surah An-Nur (terutama ayat mengenai fitnah)Surah Ar-Rahman dan berdoa mohon perlindungan daripada gangguan Jin atau Syaitan.
Jin ini dikatakan boleh dipujuk agar beriman kepada Allah ,jika berjaya ia sendiri akan melepaskan mangsa.Wallahualam.

Jin kedua dinamakan Jin Tandas;
Kecenderungan kepada yang busuk dan tempat tinggalnya juga tempat yang kotor dan busuk.
Pencegahanya gangguan Jin Tandas;
Rasulullah mengajar kita doa sebelum masuk tandas yang bermaksud;Ya Allah saya mohon perlindungan dengan mu daripada kejahatan syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina.
Dan doa keluar tandas pula;Segala pujian bagi Allah yang menghilangkan  daripadaku kesakitan dan mengafiatkan ku,
Mendahulu kaki kiri masuk tandas dan keluar dari tandas mendahului kaki kanan..
Menutup kepala,tidak berbual-bual,menjerit atau menangis sewaktu didalam tandas.
Selalunya tanda-tanda yang ditunjukkan mereka yang kerasukan gemar sekali bermain air,suka bersendirian dan lama didalam bilek air,suka berpakaian kotor dan malas mandi,suka dalam gelap,sangat benci bacaan Al Quran dan Azan dan sendi -sendi terasa ngilu. Rawatanya surah Al Baqarah,surah Al Qalam,Ayat Kursi(3kali),surah AlHumazah (7kali),surah Al_Zalzalah(3) 
Dan mangsa hendak lah menjaga kebersihan dan menyapu wangian kasturi ditubuh mangsa.
Wallahualam..

Jin ketiga dinamakan Jin kubur,selalu terjadi jika mangsa pergi kawasan perkuburan lama atau menjerit,jatuh keliang lahad dan melupakan zikirullah ketika dikawasan perkuburan.
Simptonnya;muncul bintik-bintik merah seperti bisul di tubuh mangsa.Kadangkala lupa diri,suka tempat yang sunyi,anggota yang selalu terkena tangan dan kaki,badan terasa panas dan selalunya mangsa berasa seolah-olah hendak mati.
Rawatannya;Memperbanyakan bacaan AlQuran,(surah Al- Baqarah)(Surah Al- Takaathur)(Surah Al-Saaffaat)
Disamping itu pesakit perlu dimandi dan dibersih badan,pakaian dan tempat tinggalnya.
Wallahualam.
.
Jin keempat Jin rumah,suka menghuni rumah kediaman kita,makan,minum dikongsi tanpa kita sedari,Jika penghuninya taat maka dia pun taat tapi jika jahat dan kaki maksiat maka begitu juga keadaan mereka.Jika mereka sudah membiak dan beranak pinak amat sukar untuk menghalaunya.
Ia mudah mempengaruhi penghuni supaya meninggalkan zikirullah dan lalai mengingati Allah,tidak mengerjakan solat dan suka berbuat maksiat didalam rumah tersebut.
Simptomnya,mangsa tidak suka keluar rumah,sebaliknya suka terperap didlm rumah sahaja,sering menangis tanpa sebab ,kerap kali rasa takut tanpa diketahui punca dan rumah kelihatan berselerak dan kotor.
Tip,memperbanyakan bacaa Al-Quran ddidalam rumah,jangan membiar makanan jatuh ketika makan,sabda Rasulullah;
"Syaitan itu ikut bersama kamu ketika kamu makan ,jika ada makanan yang jatuh ,maka hendaklah kamu mengambil makanan tersebut dan makanlah.Berhati-hati jangan sampai syaitan mengambilnya..(Diriwayat daripada Jabir)
Membersih sisa makanan ditangan selepas makan;Sabda Rasulullahs.a.w.
Syaitan itu suka menjilat,jaga lah dirimu daripada penjilat ini.Jika masih ada sisa makanan ditangan hendaklah membersihnya" 
Membaca basmalah sebelum makan.
Kaedah rawatanya;membaca surah As-Shaffat sebanyak 3 kali  pada air,diberi minum, dan disiram setiap penjuru rumah.
Membaca surah Yassin ayat ke 9(100 kali)
Hanya sebahagian saja dari sebelas nama nama tersebut dan apa pun disebaliknyya kita memang mengakui akan kewujudan mereka dan saya sendiri sering bertembung dengan teman atau sanak saudara yang menunjuk simpton simpton tertentu dan selalu pekara ini berlaku kepada kita kerana lalai dan kita mengabaikan hukum hukum Allah .Dari apa yang saya kaji baik dari diri sendiri atau teman sifat sombong dan takbur selalu menjadi punca masaalah ini.

Sampai jumpa lagi dan selamat membaca....asalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment