KISAH IBLIS DAN MATAHARI

Tuesday 2 August 2011
Salah satu  kejayaan iblis dan ini menjadikan catatan sejarah  yang sangat penting adalah godaan iblis terhadap Adam dan Hawa.Dan kisah iblis dengan matahari juga merupakan kisah yang penting  dalam sejarah.
Walaupun matahari merupakan makhluk yang taat kepada Allah dan makhluk yang memberi manfaat bagi makhluknya .Iblis telah berhasil membuat kebanyakan manusia 
mengagungkan matahari .Dan ini lah penipuannya terhadap manusia dan merendahkan darjat mereka sehingga matahari dijadikan tuhan yang disembah selain Allah.

Sejarah telah mencatatkan bahawa matahari menduduki tempat pertama dalam deretan tuhan tuhan yang disembah selain Allah.Dan tidak hairanlah ia menjadi salah satu
tanda yang besar iaitu kedatangan hari kiamat,Allah menjadikan matahari terbit dari sebelah barat.Dan tidak menghairankan apabila Allah memasukkan matahari ke dalam api neraka.Tapi ia bukan seksaan terhadap matahari kerana didalam neraka matahari seperti para malaikat penjaga neraka.Akan tetapi semua ini kerana agar seluruh manusia yang diazab dineraka,akan melihat bahawa matahari bersama sama dengan mereka didalam neraka 
walau pun matahari tidak diseksa seperti mereka.
Allah s.w.t. berfirman:
"sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah umpan Jahannam,kamu pasti masuk kedalamnya .Andaikata berhala berhala itu tuhan ,tentulah mereka tidak masuk neraka."
Sebelum kedatangan Islam,matahari merupakan Tuhan yang disembah dan simbol yang dipuja-puja.Tetapi setelah Islam datang matahari dijadikan sebagai tanda untuk beribadah kepada Allah,ia merupakan tanda yang penting bagi kaum muslimin dalam peribadatan mereka kepada Allah yang Esa.Dengan matahari diketahui bila waktu berbuka puasa,masa yang tepat untuk sembahyang yang lima,mulai awal puasa Ramadan,dengan terbenamnya diwajipkan menunai zakar fitrah,wukuf di padang Arafah dan terbit matahari sebagai perlaksanaan sembahyang hari raya,kemudian dengan terbit matahari disebelah barat,merupakan tanda berakhirnya umur umat.Pada saat itu yang dilaku hanya menunngu hari kiamat.
Demikian lah islam menempatkan matahari sebagai bukti untuk beribadah kepada Allah ,Allah s.w.t. berfirman:
Dirikanlah sembahyang dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam..."
".....dan bertasbihlah dengan memuji tuhan mu,sebelum terbit matahari.
Dan Rasulullah melarang kita melaksanakan sembahyang ketika matahari sedang terbit dan terbenam.Demikian lah Islam mengembalikan posisi matahari ditempat semestinya.
Kerana matahari adalah makhluk penyembah bukan disembah dan membawa manfaat bagi manusia.

Kisah iblis dan matahari tidak habis  sehingga kiamat.Iblis menjadikan dirinya sebagai Arasy dan matahari dibawahnya,sehingga disangka bahawa matahari sedang sujud kepada Iblis padahal matahari sujud kepada Allah S.W.T.
Peristiwa ini terjadi ketika matahari terbit,Rasulullah bersabda "Matahari terbit tepat berada diantara kedua-dua tanduk syaitan.
Dalam masa Islam berkembang dan menjadikan matahari sebagai pembawa berkat kepada manusia ,seolah-olah iblis berkata kepada manusia,"Pada masa ini kamu telah berhenti menyembah dan mensucikan matahari"..
Tapi hari ini semakin banyak teman teman yang kukenali melakukan meditasi tepat waktu matahari terbit dengan menghadapkan wajah mereka dalam keadaan bertafakur.Yang peliknya mereka mengaku beragama Islam tapi jika perbuatan begini di lakukan bukankah ia sama seperti satu penyembahan .Semoga kita renung renungkan bersama.

0 comments:

Post a Comment