KETIKA IZRAIL DATANG MENGHAMPIRI

Friday 12 August 2011
Tidak pernah terfikir olehku yang aku akan menghadapi satu saat yang sukar untuk ku lupa kan,saat yang paling getir dan datangnya tanpa ku sedar.Waktu tu jam 12 tengah hari dan aku seperti biasa saja,seperti hari yang lain sebok tak tentu hala..Entah kenapa hari tu aku rasa dunia begitu sunyi sekali dan tanpa kuduga tiba tiba fikiran ku kosong .Ketika itu jantung ku bagaikan disentak..belum pernah aku menghadapi situasi sebegini dan aku merasa kekejangan anggota badan ku,ketika itu aku dalam keadaan duduk dan sakitnya hanya tuhan yang tahu.Hidung ku dan mulut ku bagai ada yang menyumbatnya.Aku cuba mencari-cari bagaimana nak bernafas sea-akan ketika itu aku bergelut untuk bernafas,dapat ku rasakan  bahagian jantung ku mengeras dan seluruh anggota badan ku lemah dan akal ku keliru bagai aku ingin menjerit meminta pertolongan,ketika itu suami ku tiba-tiba menghampiri ku dan bertanya kenapa wajah ku pucat sekali..aku tidak menjawap cuma mendengar.Dan ternyata benar disaat menahan kesakitan kerana seperti saluran nafas ku disumbat seseorang, betis kiri ku bertaut pada betis kanan ku,dalam keaadaan yang keliru terus aku berkata didalam hati,,"Ya Allah beri aku kesempatan ,ampuni aku"hanya itu yang ku ingat padahal aku tahu mengucap dua kalimah syahadah tapi hilang dari minda tiada satu pun kalimah yang ku ingat...apa tah lagi ayat suci al-quran..
Dan seluruh tubuh ku seakan tidak bermaya yang tinggal cuma akal ku yang berbicara apakah aku akan mati hari ini.. Ya Allah ,hanya aku yang tahu peritnya waktu itu dan kemudian bagai kan ada yang melepas sumbatan di mulut dan hidungku dan aku beransur-ansur bernafas, berapa jam kemudian aku sehat seperti sediakala..
Setelah dihari lain aku menjalani permeriksaan ,laporan kesihatan ku semuanya normal.Dan Ianya adalah satu pengajaran Allah buat ku agar kita sentiasa mengiklaskan amalan kita didunia ini.

Apa yang ingin kukongsikan disini,kita tidak akan mengata itu rasanya sakarat kerana ada saat-saatnya kita melupakan saat kematian dan leka dengan keduniaan.Akan ku kata mungkin aku cuma sesak nafas tapi ada pekara yang tidak mungkin ku lupa walau siapa pun kita rupanya sukar sekali untuk mengingati kalimah Allah disaat getir begitu..Semuanya hilang dan tahu lah kita bahawa segala nya bersangkaut paut dengan sikap kita.

Dan apabila sakaratul maut telah sampai pada seseorang hamba,maka lisannya tertahan,lalu masuklah empat Malaikat kepadanya dan berkata lah Malaikat pertama;
Asalamualaikum,aku lah yang ditugas tentang rezekimu,telah ku cari rezeki itu dari arah timur sampai barat dan ku jumpai sesuatu pun,sekarang sudah tiba saat yang terakhir dari umur mu."
Lalu masuklah malaikat yang kedua,seraya berkata:Asalamualaikum;Aku lah diserahi atas minumanmu dari air atau yang lain,telah kucari air dari arah timur sampai kebarat tetapi tak ku jumpai biar setetes pun,sekarang sudah dekat waktu ajal mu".
Lalu masuklah malaikat yang ketiga,seraya berkata."Asalamualaikum,akulah yang diserahi nafas mu telah aku cari dari timur sampai kebarat dan tidak ku jumpai walau sehembus nafas bagi mu"
Lalu masuk malaikat yang keempat,seraya berkata:Asalamualaikum;aku lah yang diserahi atas ajalmu,telah aku cari dari arah timur sampai kebarat dan tidaklah aku jumpai sedetikpun waktu untukmu

Lalu masuklah malaikat kiramul katibin dari sebelah kanan dan kirinya,lalu berkatalah yang disebelah kanan;"Asalamualaikum,aku lah yang diserahi atas kebaikanmu"
Maka malaikat tersebut mengeluarkan lembaran putih dan ditunjukkan lembaran tersebut pada hamba  seraya berkata;"Lihat lah amal-amalmu:,ketika hamba tersebut bersukaria melihatnya,lalu berkatalah malaikat yang disebelah kiri.Asalamualaikum,akulah yang diserahi atas semua kejahatan dan kesalahan mu,Lalu dikeluarkan lembaran hitam dan disaat terlihat hamba tersebut alan lembaran tersebut,disaat itu keluarlah keringat hamba tersebut,lalu dipeganlah lembaran tersebut oleh malaikat dan dilemparkan diatas bantal,kemudian pergi ia dari hamba itu.Disaat itu masuklah Malaikat Maut bersama Malaikat Rahmat disebelah kanan dan Makaikat Azab disebelah kiri.
Maka adakalanya diantara manusia itu yang ditarik rohnya dengan penarikan yang keras,dicabut dengan cabutan yang keras,diusap begitu saja dengan usapan yang halus.
Apabila roh yang sudah berada dikerongkongan maka diambil oleh malaikat maut.Jika hamba itu dari golongan yang beruntung berserulah Malaikat Rahmat.tapi jika ia dari golongan yang celaka maka berserulah Malaikat Azab..
Lalu Malaikat mengambil roh dan membawanya kehadrat Allah Rabbal Alamiin.Jika ia beruntung maka Allah swt berfirman;
"Wahai para malaikat,kembalikan dia kebadannya hingga dia boleh melihat keadaan jasadnya maka turunlah malaikat membawa roh tersebut.Namun roh itu sendiri tidak mampu berbicara meski pun ia berada ditengah keluarga ketika itu.


Dari semuanya kita harus mengakui setelah kematian pasti bertemu pula kita dengan adanya seksa kubur.Semoga Allah sentiasa memberi kesempatan keatas kita untuk memperbaiki diri dan bertaubat dan kembali kelandasan yang benar.
Semoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment