HATI BOLEH BERKARAT

Monday 15 August 2011
TELAH BERSABDA NABI SAW;
SESUNGGUHNYA HATI INI AKAN BERKARAT,DAN SESUNGGUHNYA PENGILATANNYA IALAH DENGAN MEMBACA AL-QURAN,MENGINGATI  MAUT SERTA MENGHADIRKAN DIRI DIMAJLIS-MAJLIS ZIKIR.(DIKELUARKAN OLEH BAIHAQI)


Begitu lah tentang hati kita hari ini lain esok mungkin lain,setiap kali kita berdoa Ya,Allah kurnia lah pada ku hati yang baru. Ya Allah kenapa hati ku ini?..Setiap kali kesedaran datang kita pasti merasa malu kerana kelalaian kita yang menyebabkan berkaratnya hati kita dan bertukar menjadi hitam.
Menjadi hitam kerana terjauh dari cahaya atau menjadi hitam kerana berat cintanya kepada dunia.Menjadi berkarat kerana dosa-dosa,,
Kecintaan yang melampau membuat lenyap nya ketaatan hingga kita lupa untuk membuat perhitungan dimana telah menghilangnya kewarakan.


Dinasihatkan hati agar berzikir kepada tuhan yang mencipta kamu dan orang orang sebelummu.Agar tenang kembali jiwa yang resah ,agar bercahaya kembali hati yang berkaratKerana adakala kita berjalan menuju tuhan tapi ada kalanya kita berjalan entah kemana...tanpa hala tujuan.
Andai orang yang berakal pasti rela menempuh apa jua kesukaran disepanjang perjalanan dan akan diintipnya hatinya sehingga ia tiada sibuk selain mengingati Allah dan keadaan hatinya..Dan mengintip nafsu syawat dan bisikan was-was dihatinya.Berusaha untuk mencegah,semuanya dengan sebab dan ia tidak akan pernah hilang sehingga memotong sebabnya.Sukar sekali mengawal hati..


Hendaknya itu lah yang selalu aku laku kan selama umur ku masih ada..adakalanya aku menang adakalanya aku tertewas..alangkah sukarnya perjuangan ini..namun tiada lah aku berputus asa dari rahmatnya..


Seorang penyair Arab berkata:
"Telah berlalu hari kelmarinmu,yang paling dekat dengan bersaksi dan mengadilkan sedang hari mu ini akan bersaksi dengan berbagai perbuatan..kalau kamu hari kelmarin telah melakukan kejahatan,maka susullah dengan kebaikan..jadi lah kamu orang yang terpuji,jangan lah kamu mengharap perbuatan baik dari diri mu sampai besuk pagi,mungkin pagi itu datang tetapi kamu telah tiada"


Allah swt berfirman dalam ayat terakhir yang diturunkan dari Al-Quran;
"Dan peliharalah diri mu dari adzab yang terjadi pada hari kamu dikembalikan kepada Allah,kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakan,sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya(al-Baqarah 281)


Ya Allah anugerahilah kami taubat sebelum mati,ingatkan lah kami ketika lengah dan berikan lah manfaat pada kami dengan syafaat nabi kami Muhammad saw sebaik-baik rasul..tetapkan lah iman kami agar dapat kami bersujud dan berzikir pada mu dimalam mu yang penuh berkah..malam yang dinanti dari puluhan malam yang lain..



0 comments:

Post a Comment