ENAM POKOK KEBAJIKAN DAN LAKU KAN JUA DIIDILFITRI

Wednesday 31 August 2011 0 comments
Hari ini masuk hari ketiga kita merayakan Idil Fitri..hari yang paling menyeronokkan buat anak-anak muda , orang-orang dewasa  kanak-kanak.Begitu juga dikalangan ibubapa kerana ini lah saat yang ditunggu-tunggukan ..anak menantu,cucu cicit yang dapat bercuti pasti tidakakan melepas kan peluang untuk bercuti kekampung.Ini lah aaat yang mengembirakan buat semua,bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim.

Walau pun Idilfitri dikatakan hari yang mulia tapi tidak semua kita dapat menghargai nya dan cabaran dihari ini pun tidak kurang banyaknya..Silap-silap habis terhakis segala amalan dibulan Ramadan .
Penyakit hati timbul bagai cendawan dimusim hujan,apa tidaknya sanak saudara yang bakal kita temui atau ziarahi bukannya  sefahaman dengan kita atau pun berbagai kerenah yang bakal kita hadapi hanya kesabaran kita yang perlu untuk menanganinya.Ada yang boros,ada yang kedekut ada yang sombong dan macam macam lagi..Sebagai manusia biasa kadang-kadang boleh membuat kita mengelamun sebentar...fikiran kita pun ikut berputar-putar..Syaitan pula menunggu-nunggu peluang.
Cukup lah kalau kita faham apa tujuan kita merayakan Idil-fitri..dan ini lah peluang dan kesempatan untuk kita berbuat kebajikan.
Bukan senang untuk kita berpakaian baru kerana kita akan merasa bersalah jika ada yang tidak bertukar pakaian atau apa saja keperluan dihari bahagia ini.Bukannya mudah untuk kita berbelanja sesuka hati..kerana kita akan merasa sedih jika kita mengetahui ada anak-anak saudara mara atau jiran-jiran kita tidak berkecukupan..kita makan berlebihan sedang ada kanak kanak disekeliling kita yang tidak merasa ketupat lemang dan lauk dihari bahagia ini.
Mungkin tidak semua dapat kita bantu dan ada lagi yang kita tidak tahu..tapi simpan lah niat yang baik setiap kali ada kesempatan bantu lah kerana Allah semampu yang boleh..simpan lah tekad biar kita menguna sekadar yang perlu tapi kalau dapat lebih baik kita pentingkan kebajikan orang yang memerlukan..
Buat apa lah kita terlalu mementingkan diri dan bergembira sepuas hati sedang kan ada insan lain yang benar-benar memerlukan.
 
Kebajikan itu bukanlah sekadar menghadap wajahmu kearah timur dan barat,tetapi kebajikan itu ialah:
1.  Kebajikan orang yang beriman kepada Allah,Hari Akhir,Malaikat-malaikat,Kitab-kitab,dan Nabi-nabi..
2.  Memberi harta yang dicintainya kepada kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin,orang-orang yang dalam perjalanan,peminta dan memerdekakan hamba sahaya
3.  Yang mendirikan solat .
4.  Menunaikan zakat
5.  Menepati janji apabila mereka berjanji.
6.  Orang-orang yang sabar apabila didalam kesempitan,penderitaaan dan dalam peperangan.
Mereka itu lah orang-orang yang betul-betul bertaqwa.
Semoga dihari hari yang mendatang kita tergolong dari golongan oranag-orang yang bertaqwa dan semoga Allah yang memiliki segalanya memberikan kita semua peluang untuk sentiasa melakukan kebajikan dan mementingkan orang lain dari diri kita sendiri.
Jika kita tidak bermula hari ini esok belum pasti tiba untuk kita..selagi ada peluang gunakan lah sebaik mungkin..Itu lah nasihat yang ku ulang ulang untuk mengingati diri ku sendiri..
Mungkin adakalanya kita dapat melakukannya dengan ikhlas wallahualam dan mungkin ada kalanya kita merasa agak tertekan tapi mohon lah pertunjuk daripada tuhan yang mencipta kita pasti akan ada saja jalan terbaik dan tindakan yang patut kita lakukan sebagai seorang insan dan sebagai seorang mukmin/


Semoga bermanfaat buat kita semua..

KESAN IKHLAS PADA DIRI MANUSIA

Sunday 28 August 2011 0 comments
Bila kita sebut tentang ikhlas sukar sekali untuk kita mengetahui disaat apa Allah menilai apakah perbuatan kita ikhlas atau tidak dan apakah amalan kita ikhlas atau tidak.
Sebab setiap perbuatan yang ikhlas itu amat tinggi nilainya disisi Allah swt.
Begitu juga kita telah berpuasa hampir sebulan dan ada kah kita ikhlas dalam menunaikan perintah Allah .Semuanya rahsia Allah namun tetap disebut oleh para sufi bahawa amalan ikhlas itu ada kesannya.

Jika ada keikhlasan dalam beribadah meskipun ia rahsia Allah namun Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..segala ibadah yang ikhlas akan dapat dikesan dengan kemanisan iman..Ia akan membuahkan ketenteraman dan ketenangan..hati berasa lapang dan tenang..hati akan tertumpu pada mencari keredhaan Allah swt tanpa ada matlamat sampingan dan menurut jalan yang benar tanpa tersasar sesat.

Dengan dasar tauhid iaitu keikhlasan kepada Allah insan mukmin terlepas dari musibah perhambaan yang lain.Seperti sabda Rasulullah;
"Celaka lah hamba dinar,celaka lah hamba dirham  dan celaka lah hamba baju.
Kenapa diperkatakan demikian..kerana adakala nya kita menjadi hamba kepada apa yang tersebut diatas.kerana itu hendak lah sedar dan ambil yang perlu tanpa perlu menjadi hamba..kecuali hamba Allah swt.

Terdapat hadith riwayat Tarmizi  dengan sanad dhaif yang mengambarkan kekuatan ruhaniah yang hebat dimiliki oleh orang yang ikhlas kepada Allah.

Hadith riwayat Anas bin Malik menjelaskan:
Apabila Allah mencipta tanah-tanah didunia ini ia mudah runtuh dan beralih-alih. Oleh itu Allah mencipta gunung-ganang sebagai pasaknya dan baru lah ia mantap.Malaikat merasa kagum dengan penciptaan gunung-ganang.Mereka bertanya."Hai tuhanku adakah mahluk ciptaan yang lebih hebat dari gunung" Allah menjawap:"Ya iaitu besi"Malaikat bertanya lagi;
"Hai tuhan ku adakah mahluk lain yang lebih hebat dari besi ? "Allah menjawap:"Ya ada iaitu api". Malaikat bertanya lagi :"Hai tuhanku ada kah ciptaan mu yang lain yang lebih hebat dari api? Allah menjawap. Ya ada iaitu air. Malaikat bertanya lagi: Hai tuhanku adakah ciptaan mu yang lain yang lebih hebat dari air? Allah menjawap: Ya ada iaitu angin. Malaikat bertanya lagi: "Hai tuhanku adakah ciptaan mu yang lain yang lebih hebat dari angin? Allah menjawap: Ya ada iaitu anak adam yang ikhlas yang bersedekah dengan tangan kanan dan menyembunyikannya dari tangan kiri.

Demikian lah beberapa hadith yang menerangkan tentang kekuatan ruhani lebih hebat dari kekuatan segala benda.
Dari itu ikhlas menganugerahkan manusia kekuatan yang luar biasa yang tidak ada pada manusia yang lain.
Dan akan dapat pertolongan Allah ,bantuan dan perlindungan saat ditimpa kesusahan mengikut kadar keikhlasan seseorang...alangkah baiknya jika kita sentiasa dapat mengikhlas kan apa saja amal ibadah kita,namun semua itu tidak lah semudah kita menyebutnya.

Firman Allah:
Demi masa,sesungguhnya manusia  itu benar-benar dalam kerugian.Kecuali orang-orang  yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya menegakan kebenaran dan nasihat menasihati supaya sentiasa dalam kesabaran. (al-Asr:1-3)
 Oleh itu nasihatlah orang lain supaya berpegang kepada kebenaran dan dalam masa yang sama kita menerima nasihat orang lain.

Allah berfirman;
Orang mukmin lelaki dan perempuan,sebahagian mereka penolong yang lain                                                                                                                               . (at- Taubah:71)
Dari itu kenal pasti lah diri kita sendiri mulai hari ini.

YANG PALING TERMAHAL

Saturday 27 August 2011 0 comments
Ibadat yang paling afdal bagi seorang muslim ialah jihad untuk mengikut segala perintah Allah.Siapa pun kita didunia ini.seorang yang taat atau yang ingkar sebelum saat penghabisan kita belum pasti dimanakah tempat kita dan bagaimana pandangan Allah terhadap diri kita.Namun jangan kita lupa jika terus menerus ingkar artinya kita tidak berniat untuk menjadi hamba Allah.


Segala jihad yang kita lakukan tidak akan diterima sehingga ia dilaku kan kerana ikhlas,ikhlas dan jauh dari mengharap apa pun habuan duniawi.
Dalam hadith Bukhari dan Muslim terdapat hadith yang diriwayat Abu Musa al_Asy"ri mengenai seorang Arab Badwi.Beliau pernah bertanya kepada Rasulullah ."Ya Rasulullah manakah antara tiga orang ini yang berjuang fisabilillah.
Orang yang berjuang kerana hendak mendapat harta rampasan perang,orang yang berjuang untuk kemasyuran atau orang berjuang untuk menunjuk kan keberanian."
Baginda menjawap:
Barangsiapa yang berjuang untuk mendaulatkan kalimah Allah itu lah orang yang berjuang fisabilillah.(H.R. Bukhari dan Muslim)


 Jelas sekali setiap individu yang berjuang kerana ingin mendaulat kalimah Allah termasuk dalam perjuangan fisabilillah..setiap kita yang berjihad melawan hawa nafsu kita kerana kita yakin dengan perintah Allah itu lah yang sebenarnya dan itu lah diantaranya.
Tapi semuanya mesti dengan ikhlas..untuk merealisasikannya bukan mudah.Bagai nak tersungkur dan tersembam muka kita kebumi pun belum tentu kita dapat.
Kita buka para Arifin,mujahadah kita setipis kulit bawang..angguk-angguk..geleng-geleng..sekejap ya sekejap tidak..sesaat kita terlalai hancur yang dibina bertahun-tahun..mujahadah mesti setiap saat dan nafas yang ada.

Semuanya hendaklah dengan niat yang betul dan jernih dari segala kekeruhan yang mencemarkan.

Tiap saat kita beristigfar..memohon "Ya Allah perbetulkan niat ku''berulang ulang kali..tiap saat jika lalai berdoa lah "Ya Allah sejahterakan hatiku..sejahterakan lah minda ku..luruskan lah niat ku..
Sesungguhnya tiap amalan itu dengan niat..dan baginda bersabda:"Manusia dibangkitkan semua atas niat masing-masing"


Dengan kata lain amalan tanpa diniat pada Allah tiada ganjaran Pahala.
Sufian al-Thauri menjelaskan:
"Pekara yang paling sukar untuk saya luruskan ialah niat saya,kerana ia sering sahaja mengalahkan saya dan merugikan saya.


Jangan mengambil remeh apa yang dikatakan oleh ahli sufi..kerana hati menjadi baik apabila perbuatan baik dan pserbuatan pasti menjadi baik bila niatnya baik.
Para ulama berpesan dan guru guru ku juga berpesan:
"Pastikan kita memperolehi niat untuk beramal sebelum beramal dan selama kita  meniatkan yang baik kita tetap dalam kebaikan.


Yusuf bin Husin al-Razi mengulas:
"Yang paling mahal didunia ini ialah ikhlas,Tiap kali saya cuba mengikis riya dari hati saya.ia seolah-olah tumbuh semula dengan corak yang lain,


Pekara ini juga harus kita ambil berat.."kalau ada walau satu langkah yang kita miliki dilakukan semata-mata kerana Allah maka itu sudah cukup baik"


"Ikhlas sesaat bererti selamat selama-lamanya namun ikhlas itu amat payah"

NILAI WANITA DIHARI RAYA

0 comments
Kalau dahulu wanita sibuk hendak menuntut haknya,tapi sekarang segalanya telah dimiliki..tiada lagi seperti masa-masa yang lalu semuanya telah berubah.Tidak lah pula menjadi kesalahan selagi segalanya dilaku tanpa melanggar hukum syariat.

Apa yang perlu diperhatikan saat kita menyambut lebaran..kita wanita sering dan mudah sekali terjerumus kearah yang disukai syaitan..

Para ulama berkata;bahawa syaitan itu berkata kepada wanita,"Engkau setengah dari tenteraku,engkau mata pedangku yang aku lemparkan yang tidak pernah salah sasaran.Engkau lah tempat rahsiaku,engkau utusan ku pada keperluan ku.

Bila syawal tiba syaitan pasti awal -awal sudah bersedia menggunakan wanita dan membisik kepada kita agar meminta itu dan ini pada suami.Berbagai yang diperlu...kalau kita lihat dan ingat pasti kita tertunduk malu ,baju yang mahal-mahal,perhiasan,perabut dan entah apa-apa lagi.Cuba fikirkan kesian suami kita ,dia pun manusia seperti kita bukan kerana dia menjadi suami kita dia harus menunaikan semuanya..jika wangnya melimpah ruah tak lah menjadi hal..bagai mana bagi yang cukup-cukup..bukan kah itu mendera namanya..
Ingat lah suami pun nak bergembira dihari raya seperti kita ,jangan disusahkan lagi jika kita tahu kemampuan nya ditahap mana.Guna lah sekadar perlu..

Untuk apa kita bermewah-mewah,cukup kalau kita bayangkan ..kalau lah aku mati muat kah semua ni masuk liang lahadku..bayangkan kalau kita nak membawakan semuanya dimana nak simpan..

Kalau kita mengikut telunjuk syaitan ketawa lah mereka kerana mendapat kawan.kerana orang yang membazir dan lalai dari Allah adalah kawan syaitan.Jangan sampai para wanita itu memaksa suami sampai berhutang..
Jangan meragam jika suami tidak mampu memenuhi kehendak kita.

Kita wanita mudah dikuasai kerana wanita kurang akal dan kurang agamanya,serta banyak jalan-jalan yang syaitan boleh menyelinap kedalam diri wanita,yakni melalui nafsu yang sembilan kali ganda dari lelaki.

Wanita perlu ingat setiap waktu ketika menyambut tetamu lelaki..usah lah kita menjadi maskot dan bersalam dengan semua tetamu lelaki yang bukan muhrim..kesian suami kita bakal menanggungnya dihari kemudian..berterus terang kita tidak akan bersalaman dan ia lebih memudahkan biar lah mereka berkecil hati dari kita susah dikemudian hari..Semua itu bukannya menambah pahala menambah dosa adalah.
Keluar pula usah berlebihan..walau dah menutup aurat tapi syaitan tetap masih ada tempat nak bergayut,dibibir,mulut ,hidung dan pipi.
Awasi semuanya dengan hati dan iman..bukannya senang tapi berusaha lah untuk diri sendiri.kita wanita paling terkaya dengan emosi dan imaginasi.

Dari Ibnu Umar ra..berkata sesungguhnya Nabi SAW bersabda,maksudnya"Wahai kaum perempuan perbanyakkan lah sedekah dan perbanyakkanlah pula memohon ampun.Sesungguhnya saya melihat kalian lah( orang perempuan)yang terbanyak masuk neraka"Berkata salah seorang perempuan yang mendengar sabda baginda itu."Mengapa kami yang terbanyak masuk neraka?..Lalu nabi menjawab.."Kamu wanita banyak mengeluarkan kutukan dan keingkaran pada suami,dan saya melihat kamu kurang akal dan kurang agama".
Kata perempuan itu."Apa kekurang kami tentang akal dan agama?
Jawap Nabi..'Saksi dua orang perempuan sama dengan saksi seorang lelaki,dan perempuan terdapat beberapa hari tidak melakukan sembahyang,inilah kekurangan agamanya.(Riwayat Muslim)

Dengan itu berhati-hati lah kita kaum wanita..dan bersangka baik lah kepada Allah moga terbuka pintu rahmatnya buat kita wanita..selagi kita bernafas berarti kita masih berpeluang memperbaiki mana yang termampu.
Kasih dari ku untuk semua wanita mukmin didunia..dan kasihi lah diri kita sendiri.".AKU PUN WANITA HANYA WANITA MENGENAL SIKAP WANITA"

SOMBONG KAH KITA?

Friday 26 August 2011 0 comments
Nafsu mempunyai tingkatannya dan yang paling bawah ialah ammarah.Nafsu yang paling jahat.Didalam al-quran Allah menyebut nafsu ini sebagai berikut:
                           "Sesungguhnya nafsu ini(ammarah)sentiasa mengajak kamu  manusia melakukan kejahatan.
                  

Inilah nafsu yang dikatakan ,yang sangat jahat yang belum terdidik langsung.Nafsu yang semula jadi yang tidak mana seperti ruh dan akal yang memang baik asal kejadiannya.
Ruh dan akal menjadi jahat setelah syaitan dan nafsu ikut campur memainkan peranan.
Teliti lah diri kita sendiri..ternyata kekuatan jahat pada nafsu dapat mengalahkan kekuatan yang baik terdapat pada akal dan roh.Sengaja Allah jadikan nafsu yang jahat untuk menguji kita.Dan terciptanya roh dan akal untuk mengimbangi semua itu.
Dan walau kita dilihat aman ternyata didalam diri kita sentiasa ada pertarungan..jangan lah berhenti berjihad hingga keakhir hayat..kerana ini lah dua simpang kehidupan kita antara kejahatan dan kebaikan..patuh atau ingkar..

Didalam kitab diterangkan setelah Allah mencipta nafsu seolah -olah Allah bertanya"Wahai nafsu siapa kah engkau dan siapa kah aku?Dengan sombong bongkak lagi takbur..seolah-olah nafsu berbunyi..Aku adalah aku dan Engkau adalah engkau..begitu lah jawapannya seolah-olah ia telah mengaku sama taraf dengan Allah.
Allah murka dan mencampakkan nafsu kedalam neraka dimana dia dididik dan diasuh selama seratus tahun.Disana nafsu diperlembutkan dengan cara didera dan diseksa.

Sehingga ia ujud pada manusia cara mendidiknya tetap sama.kemudian setelah seratus tahun baru lah nafsu dimasukkan kedalam diri manusia.
Ertinya nafsu yang ada pada kita masa ini adalah nafsu yang telah dididik.
Sekiranya Allah memasukkan nafsu yang belum dididik.bayangkan..betapa jahatnya kita pasti tiada lagi kita kenal segala perintah Allah dan terus menerus kita hidup dalam arus maksiat..ingkar dan mungkar pasti menjadi pilihan.

Apakah tanda kita memiliki nafsu yang jahat..orang-orang yang memiliki nafsu yang jahat tidak akan pernah menyesal sekali pun dan bentuk apa pun kejahatan yang dilakukannya.Dan jelas lah jika kita sombong dan takbur susah sekali untu kita mendidik dan memimpinnya.

Maka jika kita mempunyai sikap sombong dan takbur hendaklah kita sentiasa sedar dan berusaha lah mendidik diri kita kita..jangan dibiarkan kesombongan dan takbur itu menguasai diri dan jiwa kita..jangan sesekali kita berbangga dengan sifat berani dan tegas yang datang dari sombong dan takbur.Semua nya tiada nilai disisi Allah swt.

Jangan lah kita terpesona dengan apa saja kelebihan yang dimiliki..Jangan lah kita mendabik kan dada..renunglah dan insafi lah diri kita.Ingat lah sebagaimana hebatnya manusia tak mungkin dapat dia menembusi bumi dan menembusi langit...Sedarlah jika kita hebat pasti ada yang lain lebih hebat dari diri kita.Ini adalah diantara cara kita mendidiknya.

Sejahat-jahat manusia  ialah sombong dalam perjalanan kehidupannya sombong terhadap sesama manusia dan pasti dia sombong terhadap tuhannya..
Semoga kita semua sentiasa sedar dan menjauhi sifat-sifat buruk ini..
Semoga bermanfaat.

APA PERLUNYA MENUTUP AURAT?

Thursday 25 August 2011 0 comments
"Bismillahirrahmannirahim"
Persoalan menutup aurat bukannya pekara baru..setiap hari setiap waktu akan ada para pendakwah yang akan menyentuh tentang kewajipan yang dituntut keatas kaum wanita..Tanya lah diri kita sendiri..kenapa perlu nya menutup aurat...
Adakah perlu menutup aurat kerana rambut tidak cantik..rambut yang dah beruban..kerana fesyen berkerudung hebat dipasaran,kerana ikut ikutan ,kerana desakan suami,kerana malu kat penceramah dan dll.
Apa pun jawapan yang kita dapat dari soalan tersebut harus kita kait dengan iman kita sebagai seorang mukmin.Kenapa betapa hebat dan siapa pun kita perlu dan sekali lagi perlu untuk kita sedar dan ingat akan apa yang akan dipertanggung jawapkan keatas diri kita sendiri..
Diwaktu itu tiada siapa tiada teman yang dapat menolong kita..Tidak kira bila kita nak memulakannya tapi berusaha lah sayangi lah diri kita sendiri..neraka Allah terlalu dahsyat..seksa kubur itu ada..


Firman Allah SWT:
 Yang bermaksud;"Wahai Nabi,katakan lah kepada isteri isterimu dan anak-anak perempuan mu serta perempuan-perempuan orang yang beriman,hendaklah mereka menutup kepala dan badan mereka dengan kain kerudung(jilbab) mereka yang demikian itu mereka akan mudah dikenali( sebagai wanita yang baik) dan agar mereka tidak diganggu (AHZAB:59)


Dan Firman Allah swt juga terdapat dalam surah An-nur ayat 31 yang bermaksud "Hendak lah mereka melabuhkan kain tudung kepala  mereka hingga menutupi dada.....


Kita semua tahu akan ayat dan firman Allah tersebut..kenapa dan siapa yang menasihatkankan kita..bukannya dari sesiapa tapi dari yang mencipta kita dan orang-orang sebelum kita.
Kenapa sesuatu yang diantaranya yang agak mudah sukar untuk kita patuhi..kenapa jika manusia yang mengarah kita sanggup tidak tidur,kita sanggup patuh tapi bila Allah yang memintakan sesuatu sedangkan ia untuk kebaikan kita bukan kepentingannya kita ingkar dan terus lupa..Siapa tuhan kita manusia atau Allah?


Semua yang Allah perintahkan pasti ada rahsia disebalik rahsia..jangan lah kita perlekehkan lagi..
Kita mengaku kita beriman dan kita tahu dan menghafal rukun iman yang berbunya;
                   "Percaya kepada kitab-kitab Allah"....Tanya lah diri kita..tanya lah apa salah kita bertanya..aku sendiri pun dulu bertanya..benar kah aku percaya kepada Kitab-kitab Allah..dimana bukti..ketahui lah tidak semuanya dapat kita tunaikan andai kita tunaikan sekali pun belum tentu kita tunaikan dengan iman..percaya lah ini lah kenyataannya kita manusia,kita wanita....
Kalau kita percaya kepada kitab-kitab Allah pasti kita pun harus beriman dan patuh akan perintahnya dan menjauhkan larangan nya sejauh mungkin yang terdaya..kita bukan malaikat..kita punya hawa nafsu yang lebih berbahaya dari godaan syaitan..yang sentiasa mengajak kita kearah kejahatan..tiada apa pun yang dapat menjaminkan keselamatan kita diakhirat kecuali keimanan yang benar..


Jadi kesimpulannya sedari lah menutup aurat ada dan tetap berkait dengan rukun iman..andai kita perlekeh jangan kita berani mengaku percaya kepada kepada kitab kitab Allah..


Ingatlah firman Allah yang bermaksud:"Barangsiapa yang mengharapkan pertemuaan dengan Tuhannya maka hendak lah dia beramal soleh dan tidak boleh menyekutukan dalam beribadat kepada Tuhannya dengan sesiapa pun..


Baca lah dengan titisan airmata kerana kesedaran..baca lah kerana kasih dan amal soleh kita pada diri kita sendiri..baca lah kerana ia firman Allah.. pasti kita akan sedar begitu banyak sekali perintahnya kita abaikan dan jangan lah kita menganggap sesiapa seseorang untuk mengingatkan kta
pegang lah ...pegang lah dan fahami lah..Firman Allah yang bermaksud:


"Katakan lah kepada hamba-hamba ku (wahai Muhammad),bahawa Aku lah yang maha pengampun lagi maha mengasihani(bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh),Dan bahawa azab ku adalah azab yang tidak terperi sakitnya,(bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan)


Semoga kita berlapang dada kerana kita manusia sentiasa dalam kelalaian..ambil lah kesempatan selagi kita bernafas sedaya yang kita tahu dan mampu..Sambut lah perintah Allah ini dibulan yang penuh berkah semoga segalanya selamat..insyaallah.



TERSINGKAPNYA RAHSIA HATI

Wednesday 24 August 2011 0 comments

Semua kita manusia mempunyai hati,,tanpa hati siapa lah kita dan menjadi kewajipan kita untuk menjaga hati dan menjadikannya baik dan sejahtera..sebab hati lah anggota yang paling besar bahayanya,pengaruhnya paling kuat dan urusannya paling lembut,hal ihwalnya paling rumit dan paling sukar diperbaiki.


Disebut tiga pekara yang paling penting:
Firman Allah:
         Tuhan sangat mengetahui akan khianatnya mata dan apa-apa yang dikandung dihati.
Dan firmannya:
         Allah mengetahui apa-apa yang ada didalam hati kamu.
Dan firmannya lagi:
         Sesungguhnya Allah mengetahui apa-apa yang ada didalam dada.


Sabda Rasulullah:
         Sesungguhnya Allah tidak melihat  pada rupa dan kulitmu tetapi melihat sampai kedalam hatimu.
Jelas hati adalah pusat pernilaian Rabbul Alamin.Kerana hati kita sentiasa diintip musuh, ditunggang tiada henti-hentinya dan hati tempat ilham,malaikat dan syaitan.Dan disitu lah peperangan diantara akal dan nafsu.
Mata jika dipejam dapat beristirehat,lisan ditahan dapat berhenti tapi hati terus menerus mengatur rencana sekali pun didalam tidur.


Empat pekara yang dapat mengangkat kan seorang hamba kedarajat yang tinggi iaitu:lemah lembut,rendah hati,murah hati dan bagus akhlak.
Kerana itu hati ada kaitannya dengan apa saja yang tersingkap
Yang tersingkap pada waktu jaga ,iaitu ia telah sampai kepada tingkat yang tidak dapat dicegah dari mukasyafah  yang hadir dalam tidur oleh kerana sibuknya pancaindera dengan dunia.
Lalu ia terlihat didalam jaganya apa yang orang lain melihatnya didalam tidur.
Diriwayatkan oleh Umar bin Abdul Aziz ra.seorang sufi meminta kepada Allah agar dilihatkan syetan didalam hati manusia.
Lalu didalam tidurnya ia melihat seorang lelaki yang menyerupai batu yang bersih berkilat.Yang nampak luar dan dalam nya.Dan ia melihat setan itu dalam bentuk katak yang duduk diatas bahu kiri dan yang mempunyai belalai halus yang dimasuknya dari bahu kiri kedalam hati lelaki tersebut.


Hal ini kadang-kadang dilihat didalam jaga.sebahagian golongan kasyaf melihat setan yang menyerupai anjing atau sesuatu diwaktu jaganya.


Sesungguhnya hati itu tidak boleh tidak akan lahir hakikatnya ,dan akan berhadapan dengan alam malakut.
Hati itu mempunyai dua wajah,wajah kealam ghaib dan wajah kealam syahadah,kealam syahadah banyak sekali penyelewengannya.
Alam ghaib tempat nya ilham dan wahyu untuk para Rasul.
Alam syahadah  merupakan bentuk khayalan,sesekali berhasil dari pandangan dengan panca indera kepada lahiriah alam syahadah,Kerana bentuk dalam alam malakut itu mengikut sifat.


Ia menerangkan maksud sifat hati kita sendiri yang sebenar,kerana itu jika didalam tidur terlihat beruk,monyet dan babi ia menunjuk sifat kita ketika itu.Sifat keji yang tersimpan dihati,,Lain pula jika didalam tidur terlihat kambing ia menunjukan sifat seorang manusia yang sejahtera isi dadanya.


Dan ini lah rahsia-rahsia hati yang kebanyakan kita remehkan.siapa lah yang tahu apa yang tersingkap didalam hati sewaktu tidur,hanya kita sendiri yang tahu bagaimana hati kita.kerana hati itu susah sekali diurus kecuali kita mengenali hati nurani kita sendiri dan cuba memperbaikinya,,


Kerana penyakit hati lah penyebabnya sukar untuk kita melakukan ibadah..walau berjaga sepanjang malam tak semestinya hati kita ringan untuk sujud pada illahi..
Ada waktunya kita akan mempertimbangkan keinginan untuk beribadah atau bermalas-malas...kenapa masih terjadi walau  telah diberi oleh Allah swt peluang yang tidak ternilai? Ketahui lah ia bukannya pekara yang kecil tapi terjadi kerana ada dosa-dosa yang kita lakukan yang kita anggap remeh.Ada dosa-dosa kita yang menghilangkan Rahmatnya dari kita.Kerana hilangnya sebahagian rahmat dan hampir berlalu ramadan kita masih meremeh kan betapa mulianya malam lailatul qadar dan sukarnya kita nak merebut peluang yang diberi Allah buat kita semua.Setahun lagi hendak menunggu ketibaannya dan semoga kita masih berpeluang..Semoga kita termasuk dalam golongan yang berusaha untuk kebaikan kita didunia dan akhirat.



BILAKAH MALAM LAILATUL-QADAR

Tuesday 23 August 2011 0 comments
Bila disebut malam lailatul-qadar semua umat Islam yang beriman berharap dapat bertemu dengan malam tersebut.apatah lagi junjungan kita yang mulia nabi Muhammad saw menganjur agar semua umatnya agar melipatgandakan amalan ibadah pada malam tersebut.
Menghidupkan malam tersebut  ada peringkatnya yang tertentu.


1.Tahap yang paling tinggi ialah menghidupkan malam-malam ramadan terutama sepuluh malam yang terakhir sepanjang malam.


2.Menghidup dua pertiga malam.


3.Menghidup seperdua malam iaitu seperdua malam tidur dan seperdua 
    malam bangun untuk beribadah.


4.Menghidupkan sepertiga malam


5.Paling bawah iaitu menghidupkan malam-malam ramadan ,mengerjakan 
    solat Isyak dan subuh berjemaah dan mendirikan solat tarawih dan
    witir,


Sesungguh Allah swt merahsiakan tentang tepatnya waktu malam lailatul qadar sebagaimana dia merahsia kan sesuatu yang seumpamanya.Sepertimana jua ia merahsiakan redhanya pada kita para hambanya agar kita dapat menunaikan kewajipan kita sebagai hambanya dengan ikhlas.


Pada hakikatnya malam lailatul qadar perlu dicari pada malam-malam yang ganjil.
Pada orang sufi malam lailatul qadar dapat diperkira seperti berikut;


a.Jika awal puasa jatuh hari jumaat maka malam lailatul qadar pada 29 
    ramadan
b.Jika awal puasa jatuh hari  sabtu maka malam lailatul qadar pada malam 
    21 ramadan.
c.Jika awal puasa jatuh hari ahad maka malam lailatul qadar ialah malam 
    27 ramadan.
d.Jika awal puasa jatuh hari isnin maka malam lailatul qadar ialah malam 
     29 ramadan.
e.Jika awal puasa jatuh hari selasa maka malam lailatul qadar ialah malam
     25 ramadan.
f.Jika awal puasa jatuh hari rabu maka malam lailatul qadar ialah malam
      27 ramadan.
g.Jika awal puasa jatuh hari khamis maka malam lailatul qadar ialah malam
      21 ramadan

Jika kita mengikut perkiraan para sufi yang pernah bertemu dengan malam 
dengan malam tersebut jelas ia belum berlalu dan kita belum terlambat untuk berharap agar dapat bertemu malam yang penuh berkah dan keampuanan.


Dan terdapat seperi yang tercatat yang mengatakan dalam Hasyisyah Fathul Wahhab yang mengatakan.


Jika awal puasa jatuh hari Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar jatuh pada malam 29 ramadan


Jika awal puasa jatuh pada hari Isnin maka malam lailatul qadar ialah pada malam 21 ramadan


Jika awal puasa pada hari selasa atau jumaat maka malam lailatul qadar pada malam 27 ramadan


Jika awal puasa pada hari khamis maka malam lailatulqadar ialah pada malam 25 ramadan.


Jika  awal puasa pada hari sabtu maka malam lailatul qadar ialah pada malam 23 ramadan.


Berdasar pada keterangan hadis Rasulullah,dan para sahabat dan ulama yang muktabar ,bahawa malam lailatul qadar berlaku pada salah satu dari sepuluh malam yang akhir.


Diterang dari satu hadis Rasulullah yang bermaksud;
"Cari lah malam lailatul qadar itu pada sepuluh malam yang akhir dibulan Ramadan dimalam-malam yang ganjil.Dan sesungguhnya aku telah pernah melihatnya dan pada malam itu hujan turun dan angin bertiup.(h.r.Ahmad)


Orang yang mendapat malam lailatul qadar itu melihat bahawa segala sesuatu yang ada dilangit dan bumi bersujud kehadrat Allah.


Dan alam terang benderang kerana Rahmat Allah meski pun diwaktu hujan.


Dapat mendengar salam dan bicara para malaikat dan orang yang mendapati malam lailatul qadar itu diperkenankan segala doanya.


Dan tanda yang jelas pada malam itu tiada panas dan tiada sejuk  dan matahari esoknya terbit dengan cahaya putih cerah dan tiada rasa kepanasannya lantaran begitu banyaknya malaikat berada dilangit dunia.


Bahawa matahari pada pagi harinya terbit berkeadaan berwarna putih tidak menyinar atau bercahaya..(HR.MUSLIM)


Semoga kita tetap mendapat pahala malam tersebut walau pun kita tidak merasa mendapatinya..kerana setiap orang yang diterima amalnya yang hanya Allah swt yang tahu akan mendapat bahagiannya dimalam lailatul qadar..dan apa yang kita ingin semoga segala dosa-dosa kita diampuni.

TEMAN YANG PALING JUJUR

Monday 22 August 2011 0 comments
Sekali lagi ingin ku teruskan antara nikmat-nikmat didalam kubur walaupun kita belum lagi jadi penghuninya tapi kita percaya bahawa segala nikmat didalam kubur itu ada dan seharusnya kita mengharapkan kurnia itu..apa lagi yang kita harapkan..apalagi yang kita perlukan tentu lah sesuatu yang bakal kita tempuhi, dan semoga Allah swt sudi mengurniakan pada kita..


Rasulullah SAW bersabda:
          "Didalam kubur seorang mukmin itu berada didalam taman hijau.Ruangan kuburnya akan menyambut dengan 70 lengan,diterangi cahaya seperti rembulan purnama.


Dan didalam sebuah kitab tercatat yang berkaitan dengan nikmat alam kubur:Jika maut telah datang,Al Quran akan mendatanginya dan berada disebelah kepala,setelah dimandi al-quran akan masuk kedalam dadanya,setelah dimasuk kedalam kubur malaikat mungkar dan nakir akan datang dan al-quran akan mengambil tempat diantara simayat dan kedua-dua malaikat tersebut..kedua malaikat akan berkata.tepilah aku akan menanyainya..Al-Quran menjawap:"Aku tidak akan meninggalkannya"


Al-Quran lalu menatap orang beriman tersebut dan berkata:"Adakah kamu tahu siapakah aku?Jawap orang tersebut:"Tidak". Al-Quran berkata:"Aku adalah Al-Quran yang pernah melewati malam bersamamu,aku yang membuat haus siangmu,aku yang menahan syahwatmu,pendengaran dan penglihatanmu.Kamu menganggap aku sebagai teman yang paling jujur.Bergembiralah setelah malaikat mungkar dan nakir tidak akan ada lagi kegelisahanmu.
Al-Quran lalu menuju Allah swt dan meminta sehelai tikar dan selimut dan lampu dari syurga,serta bunga melati dari syurga juga.Sebanyak seribu malaikat yang berada dilangit dunia yang membawanya turun.Tidak lama kemudian mereka menghampar tikar tersebut dan meletakkan selimut dan bunga melati kedadanya.Para malaikat mengiringkannya kearah kanan dan memberi salam sebelum meninggalkannya.
Selang beberapa saat Al-Quran mengangkat kanan,kiri kubur dan melebar dan meluaskan sekehendaknya.
 Abu Abdurahman juga mengatakan dari hadis yang diriwayat oleh Muawiyah bin Hamad .Al-Quran lalu melebar kuburnya hingga sepanjang jarak empat ratus tahun.Bunga melati dipindah dari dada kehidungnya hingga tercium bau wangi sampai kelak ditiup sangkakala.Al-Quran akan mengunjungi keluarga nya dan membawa kabar gembira..Jika ahli keluarganya melakukan kejahatan Al-Quran akan menangisinya hingga ditiup sangkakala.


Dan diriwayatkan jika kamu membaca al_quran dimalam hari kuatkan lah sedikit bacaannya,kerana ia dapat mengusir syaitan dan jin-jin yang fasiq.dan para malaikat yang berada diruang udara akan mendengarnya.


Rasulullah pernah bersabda:
       "Pada hari kiamat nanti Al-Quran  akan datang dengan perwatakan yang paling elok.Ia berkata tuhanku,dengarlah.."Engkau telah memberi pahala kepada sesiapa yang mengerjakan amal.dan dimanakah pahalaku?
Orang yang membaca Al-Quran lalu dikenakan dengan pakaian kehormatan dan diberi mahkota raja.
Al-Quran kembali berkata:
"Tuhanku aku berharap engkau memberinuya lebih dari itu..lalu tangan kanan orang yang membaca Al-Quran tersebut diberi keabadian dan tangan kirinya diberi syurga Na'im.Al-Quran ditanya,Apakah kamu puas?
Ia menjawap:"Ya tuhanku".


Bermohonlah kita kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mencintai Al_Quran dan sentiasa menjadikannya teman kita hingga keakhir hayat.
                                        

MEMBACA TERJEMAHAN AL-QURAN KETIKA UZUR (tidak suci)

0 comments
Allah SWT berfirman
       "Orang-orang yang telah kami beri kitab,mereka baca kitab itu dengan sebenar-benar bacaan.Tentulah mereka percaya padanya.Barangsiapa yang engkar kepadanya,maka mereka ialah orang-orang yang rugi.
(ayat 121;Al-Baqarah)

Al-Quran mempunyai hukum -hukumnya yang tertentu ketika kita membacanya..Seperti kita ketahui dan tak perlu kta ulas dengan panjang lebar..
Ada diantara para ulama membenarkan kaum wanita boleh membaca terjemahan al-quran ketika dalam haid tapi para ulama tetap tidak akan pernah dapat menjamin kan keredhaan Allah untuk kita para pembaca itu.. Tepuk dada tanya selera..kerana bagi saya cukup lah  jika kaum wanita itu berzikir yang sepatutnya dan tak perlulah kita membaca apa pun terjemahan Al-Quran dan jauhilah dari menyentuhnya tanpa berlapik.Kerana Kalimah Allah yang terdapat dalam kitab terjemahan tidak akan pernah hilang martabatnya walau pun beribu ayat terjemahan yang lain.Kesuciannya tetap sama walau dimana pun ia berada.

Sebagaimana firman Allah:
       "Maka aku bersumpah dengan masa turunnya bahagian-bahagian Al_Quran .Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar jika kamu mengetahui.Sesungguhnya Al-Quran adalah bacaan yang sangat mulia,pada kitab yang terpelihara(lauhul mahfuz)tidak menyentuh kecuali orang-orang yang yang disucikan..(Surah al_Waqiah:ayat 75-79)

Maknanya amat luas sekali untuk difahami tapi cukup kalau kita berhenti dari terus menerus melakukan kesilapan dan cuba lah untuk memahami akan larangan Allah iaitu( tidak menyentuh kecuali orang-orang yang disucikan.)

Memahaminya bukan untuk keburukan tapi untuk kebaikan kita didunia dan akhirat..apa ruginya kita beriman dengan ayat larangan Allah..kebanyakan kesusahan bala-petaka yang dihadapi oleh kaum wanita tidak dapat dinafikan kerana kita meremeh hal -hal yang kita anggap kecil padahal ia sesuatu yang besar disisi Allah..
Kerana orang-orang yang benar-benar membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan bukan sekadar melunakkan bacaan tapi adalah orang-orang yang berhukum dengan apa yang dihukumkan Al-Quran.

Ya Allah ampuni  aku kerana termasuk dalam golongan yang meremeh hukum-hakammu dan aku mula memahami apa baiknya tidak membaca terjemahan Al-Quran ketika uzur (haid) dan juga natijahnya membaca terjemahan Al-Quran ketika uzur tanpa tangan yang berlapik..Itu pun jika ketika uzur kita masih ada keperluan untuk merujuk kepada terjemahannya ,jika tidak lebih baik kita bercuti dari menyentuhnya.


Walau berjuta para ulama yang membenarkan tetap saja para ulama tidak dapat memastikan kebenarannya selain kenyataan yang telah ditetapkan oleh Allah.Berusahalah agar kita dilindungi dari api neraka dan dari seksa kubur,,semoga bermanfaat buat kita semua.

SURAH YASSIN ANTARA AMALAN YANG MENYELAMATKAN DARI SEKSA KUBUR

Sunday 21 August 2011 0 comments
Surah Yassin adalah surah ke-36 dalam al-quran yang terdiri atas 83 ayat,Surah ini termasuk surah Makkiyyah.Pokok-pokok surah Yassin meliputi akidah umat sebelum Nabi Muhammad saw,perjuangan Rasul Rasul Allah swt dalam menyampaikan Risalah kenabian,keagungan Allah dan aneka ragam perilaku manusia.


Teman-teman ku surah yassin  dimulai dengan sumpah Allah swt yang menegaskan bahawa nabi Muhammad saw adalah utusannya dan dinyatakan untuk memberi peringatan kepada semua manusia yang dahulunya tidak diberi peringatan sebelumnya.


Surah yassin antara surah yang sering ku baca didalam solat, insya allah..baik dalam solat sunat atau pun kadang-kadang dalam solat fardhu dan begitu sekali terasa keindahannya jika kita membaca  dari ayat 1 hingga ke 83 dan sekali gus kita memahami tiap apa yang kita baca.Dengan membaca kita dapati telapak kaki kita seakan teguh berdiri diatas sejadah dan kita tidak akan tergesa-gesa tapi semuanya terpulang pada keikhlasan kita ketika membacanya..adakalanya bila kita tidak merasa keindahanya tahu lah kita dimana silapnya.


Sesuai sekali dengan sabda Rasulullah saw seperti berikut.Setiap segala sesuatu mempunyai inti dan inti al-quran adalah surah yassin.Barangsiapa yang membacanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat kan redha Allah,maka Allah akan mengampuni dosanya dan ia akan diberi ganjaran seakan-akan telah membaca al-quran sebanyak dua puluh kali.Orang mukmin sesiapa pun yang dibaca surah yassin saat malaikat maut mendatanginya,setiap huruf dari surah tersebut akan menurunkan sepuluh malaikat yang berbaris dihadapannya,menunaikan solat,memohon keampunan menyaksikan dia dimandikan,mengikut iringan jenazah,lalu mensolatinya dan menyaksikan saat dikubur.


Sesiapa pun orang yang beriman yang membaca surah yassin saat sakaratul maut,maka malaikat maut tidak akan mencabut nyawanya hingga malaikat penjaga syurga,iaitu Ridwan datang membawa seteguk air dari syurga.
Orang tersebut lalu meminumnya dalam keadaan terlentang,lalu malaikat maut mencabut nyawanya dengan tenang.Dalam kubur,ia juga akan tenang,tanpa memerlukan pertolongan para Nabi hingga masuk syurga dalam keadaan tenang juga.."


Rasulullah saw juga pernah berkata;"Didalam al -quran ada satu surah yang boleh memberi syafaat kepada orang  yang membacanya dan akan meminta keampunan bagi orang yang menyemaknya,Ternyata surah tersebut adalah surah Yassin"


Dan banyak lagi fadhilat dan keutamaan yang diperolehi dari amalan membaca surah Yassin..apapun disebalik segalanya mudah-mudahan kita mendapatnya tapi perlu sekali kita ingat segala kelebihan ini adalah seumpama satu pesanan buat kita dari nabi junjungan kita yang dipercayai,hendak lah kita selalu berusaha agar kita mampu menunaikan amanatnya dan permulaannya mungkin kita setakat membacanya namun andai kita ikhlas atau meyakininya insya allah mudah-mudahan kita bukan setakat tahu akan fadhilatnya tapi semoga kita benar-benar mengambil kesempatan ini selagi kita bernafas..


Semoga bermanfaat dan semoga kita sentiasa bersangka baik kepada tuhan yang mencipta kita..Allah SWT..

HALAL DAN HARAM

Saturday 20 August 2011 0 comments
SAHAL AT-Tasturi mengatakan seseorang itu tidak akan mencapai keimanan yang hakiki sehingga ada padanya empat pekara berikut;

(1) Menunaikan segala yang fardhu dengan diiringi yang sunnat.
(2)Memakan yang halal dengan penuh kewara"an
(3)Menjauhi segala larangan Allah lahir dan batin
(4)Bersabar dalam keadaan serupa itu sehingga akhir hayat.

Ketahuilah segala keterangan tentang yang halal dan haram dapat kita pelajari didalam kitab fiqh.
Akan dapat kita kenali sebab halal dan haram nya sesuatu itu bukan hanya sifat pada zatnya seperti yang sering kita sebutkan umpamanya arak,daging khinzir dan lain-lain nya.
Tetapi haram juga terjadi dari sesuatu punca kita memperolehinya.

Sebab itulah maka darjat kewara'an orang-orang yang menjauhkan diri dari yang haram itu bertingkat-tingkat keadaannya.

(1)Wara menjauhkan diri dari segala pekara yang haram yang difatwakan oleh para fuqaha.

(2)Wara dengan menjauhi diri dari pekara yang syubhat kerana takut yang berkemungkinan dari punca yang haram.

(3 )Wara terhadap pekara yang tiada samar lagi tentang penghalalannya tetapi dikhuatiri akan menarik kepada yang haram.
Seperti meninggalkan pekara yang harus dilakukan bimbang kalau-kalau pekara itu tidak harus dilakukan.

(4)Wara melakukan sesuatu yang sememangnya tidak ada apa-apa yang menghalangnya atau tidak berdosa akan tetapi dilakukannya atau diperolehinya bukan kerana Allah dan tidak pula dengan niat bertaqwa kepada Allah atau untuk menguatkan diri beribadat kepadanya.


Sebagai kesimpulanya apa pun setiap kali kita berusaha menjaga diri dengan tegas dari yang diragukan kesuciannya,,harus lah kita ketahui itu adalah antara langkah -langkah yang diredhai Allah dan setiap itulah bebanan kita mudah-mudahan akan menjadi ringan kelak dihari Kiamat,dan mudah-mudahan kita akan terjauh dari neraca kejelekan,manakala neraca kebaikan  akan bertambah.


Terserah pada kita untuk membuat pilihan ,usah lah kita menyusah diri memberi ribuan alasan kerana keperluan,boleh saja kita mengambil sikap berhati-hati dan memelihara diri,atau pun terpulang saudara ku sekalian adakah kita ingin mempermudahkannya dan meringankanya..


Tetapi sebaiknya hendaklah kita berjaga-jaga kalau pekara itu bagi kepentingan diri kita sendiri..dan juga demi kebaikan dunia dan akhirat kita.


Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya yang halal itu telah nyata dan yang haram juga telah nyata,dan diantara keduanya pekara-pekara yang masih diragukan,yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahuinya.
Orang-orang yang memelihara diri dari pekara-pekara yang syubhat itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatanya.Orang yang tergelincir kedalam pekara pekara yang syubhat itu akan tergelincir pula kedalam pekara yang haram.laksana seorang pengembala yang sedang  mengembala disekitar tempat larangan.akhirnya ia lalai.lalu ia memasuki tempat larangan itu.

ADA AKU KISAH

0 comments
Bila kita sebut saja tentang kemampuan manusia kita tidak akan dapat lari dari mengetahui bahawasanya segala keupayaan dan kemampuan adalah dari kekuatan tenaga berfikir yang dikurnia pada Allah pada kita manusia.
Jika dibandingkan kita atau aku sendiri dalam mengasahkan akal akan nampak jurangnya diantara kita dan orang kafir,orang bukan islam mengasah akalnya terutama orang barat ,mereka mengasah akalnya sungguh-sungguh untuk hal keduniaan hingga kita dapati mereka langsung tiada sempat untuk berfikir siapa tuhan yang mencipta mereka.

Walaupun kita tidak mengasah sungguh-sungguh akal kita tapi kita tidak lah sampai melupakan tuhan kita..Tidak lah sampai kita kufur dan engkar .
Firman Allah;
          “jangan lah sekali-kali kamu tertipu dengan serba adanya orang-orang kafir didalam negeri.
Jelas ayat ini menerangkan Allah swt sengaja melebihkan orang-orang kafir dengan segala kemajuan untuk menguji kita umat Islam.
Dengan segala kemajuan yang mereka miliki mereka mampu menguasai dalam bidang ekonomi dan berbuat sesuka hati dan kenapa semua ini terjadi?Semuanya kerana Allah SWT sengaja menguji keimanan kita.Berbalik kita kepada isu halal dan haram nampaknya pekara ini akan terus berlanjutan dan mereka tidak akan pernah menyerahkalah dalam usaha mereka hendak menjatuhkan orang Islam..
Setiap hari kita dikejutkan dengan ada saja barang keperluan yang kita gunakan mengandungi lemak khinzir dan sebagainya..Dari peluru,pakaian,bahan-bahan kecantikan,makanan atau apa saja yang mengandungi collagen,datangnya saja dari negara luar atau syarikat bukan Islam lebih baik kita ambil sikap berfikir dua kali sebelum membeli.sekali pun syarikat yang dimiliki oleh orang islam kita masih perlu berhati-hati,mereka yang setakat mempunyai Islam di kad pengenalan tak semestinya boleh kita percayai seratus peratus..buktinya dari mana pulak mereka mendapat bekalan,contoh kedai roti,bukan main suka  kita nak beli..tapi cuba kita selidiki mereka membeli bahan inti dari syarikat orang bukan Islam .Kita masih tertipu dengan mereka..katakan saja kita umat islam sendiri yang selalu terleka..paling sedih kalau hari raya di-sarawak kebanyakan nya suka menempah baju ketailor orang bukan islam..baju tu pulak bukan dicuci terus je dipakai waktu solat hari raya.almaklum kalau dicuci tentu dah kurang nampak barunya kan .sedang kan si penjahit tu bukannya orang Islam dah pasti baju kita bernajis..dengan lemak khinzir dan kita pun dapat agak dah... lihat lah apa mereka makan..Tapi masih terdapat orang-orang islam sendiri buat tak kisah je..pasti dah sebati perkataan dibenak mereka.ada aku kisah..Tapi mudah-mudahan siapa saja yang dan menempah baju kat orang bukan islam tu basuhkan baju-baju tu dulu, dengan cara begitu kita dapat menjaga kebersihan yang dituntutkan dalam islam dan lebih baik anda kisah sebelum memakainya untuk tujuan solat..

BERHARI RAYA BERSAMA HUKUM AKAL,ADAT ATAU SYARAK.

Friday 19 August 2011 0 comments
Bukan lah nak mengata atau pun nak mengada ngada,dulu-dulu pun aku seperti itu,,bila tiba hari raya bingung tak tentu pasal.Sedangkan disebut didalam sunnah nabi kita iatu hari raya termasuk dalam sabdanya iaitu mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka,dan berhari raya dan ketika berjumpa dengan tuhan dihari kiamat.
Tapi kita tersalah tafsir atau sengaja mentafsirinya mengikut hukum adat hingga bila tiba bulan syawal terasa satu beban yang begitu berat ,segalanya perlu duit.
Akan terdengar lah keluh kesah entah kalau ku fikirkan kadang-kadang aku pun jadi keliru.Hari raya idil fitri masih jauh lagi cuma aku ingin menyentuhnya kerana persediaan tetap  diutamakan dan itu lah masaalahnya.
Bersyukur lah kita andainya kita menyedari hari raya adalah hadiah Allah buat kita..bila dikatakan hadiah dari Allah pasti ia sesuatu yang baik bukan menyusahkan..bukannya beban dan bukannya wabak penyakit..
Ingin ku katakan hukum adat menetapkan hari raya sedikit sebanyak memerlukan persediaan dan bila disebut persediaan pasti ia melibatkan wang..hukum syarak pula mesti mengikut sunnah dan Alquran dan bila merayakannya jangan lah kita tersasar pulak hingga timbul pertengkaran didalam rumah tangga dan hukum akal kita pula mengatur berbagai hal..biar lah yang diatur hal-hal yang diredhai Allah.
Contohnya hukum akal mengatakan satu campur satu jumlahnya dua,hukum adat mengatakan api pasti membakar dan apabila seseorang hendak  berpakaian itu maka termasuk lah ia dalam hukum syariat.
Dan hari raya menjadi beban kerana kita terlampau mengikut hukum adat..tapi cuba kita perhatikan walau api itu pasti membakar tapi dalam usaha Namrud dan rakyatnya membakar nabi Ibrahim as ternyata bagi nabi Ibrahim as api itu dingin dan sejuk dan tidak membinasakan..semuanya dengan kehendak Allah jua..Mungkin sukar untuk anda menyelami namun tetap saja ada kaitannya.
Jadi hendaklah kita tahu bagaimana kita harus menghadapi saat datangnya hari raya idil fitri,,apatah lagi tahun ini kita menyambutnya bersama dengan hari kemerdekaan..
Jalan terbaik kita kembali kepada sunnah dan Alquran dan biar lah adat dan akal itu mengikuti saja dimana patutnya maka dapatlah kita berhari raya dengan menghargai bahawa ianya hadiah Allah buat kita semua..
Usah lah kita bersedih andainya kita kekurangan baik dari segi kewangan ,pakaian atau apa saja persediaan tapi bersyukur lah andai kita dapat bersama keluarga tercinta,atau dalam keaadaan sihat dan yang penting disaat menyambut hari raya,mudah-mudahan kita benar benar menjadi insan yang bertaqwa.Jangan lah kita menyambut 1 syawal dengan maksiat dan dosa.Semoga kita termasuk dalam golongan yang diredhainya..mudah-mudahan..

SIAPA PELINDUNG KU DARI HAWA NAFSUKU

Wednesday 17 August 2011 0 comments
Hawa nafsu itu adalah utusan dari utusan-utusan keperkasaan Allah yang teguh,dikirimnya kepada kita dan didalamnya terdapat api milik Allah jua..apabila hawa nafsu itu datang,niscaya apinya pun datang jua bersama..
Maka masuki lah..
Allah membenarkan kita memasukinya..bagaimana..

Jangan kita memohon pertolongan dengan ilmu dan jangan dengan makrifat..
Dan lagi jika memohon pertolongan ,maka kita lah beserta ilmu dan makrifat
yang menjadi tawanan hawa nafsu.Diberitahu kita bahawa akal,ilmu dan huruf itu pun menjadi khadam-khadam hawa nafsu,bahkan perajurit-perajurit dan budak-budaknya dan semua yang berada dibawah titah dan kekuasaan nya....
bila ia serentak menyerbu akan terjadilah pertikaian seru yang bukan lagi kawan tapi bertukar menjadi seteru..

Tiada lah penolong dari hawa nafsu itu kecuali Allah..
Dan sekali-kali kita tidak mungkin dapat keluar dari kobaran api hawa nafsu dengan  ilmu dan tidak juga dengan makritat..

Api itu akan membakar bagian-bagian yang meminta tolong pada ilmu dan makrifat..
Menetap lah dalam iqamah...bila selesai membakar,akan suci bersih dan akan tercapai..
Bahawa tiada penolong selain Allah.akan diseru namanya..akan datang lah pertolongan dari Allah swt,akan disingkirnya api itu maka tidak lah ia akan mendatangi kita lagi..mudah-mudahan

Tiada duka yang abadi(opick)

0 comments

RENUNGLAH KEJADIAN KITA SENDIRI

Tuesday 16 August 2011 0 comments
Setiap kali kita ada kesedaran tentang apa saja ciptaan Allah kita guna lah peluang ini untuk merenung kejadian kita sendiri sedalam-dalamnya,dan mungkin dengan berbuat begitu ada timbullah kesedaran dihati kita betapa tidak tahu mensyukuri apa saja kunia illahi kepada kita.

Yang sempurna,indah,terbaik dan terhormat diantara mahluk ciptaan Tuhan ialah manusia,meskipun manusia bukan mahluk yang terbesar,terberat atau tertinggi tapi tetap lah manusia itu yang teristimewa.

                    FIRMAN ALLAH S.W.T.
                    "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dalam sebaik-baik kejadian",       (at-Tin ;4)


Meskipun kita bukan yang tertinggi,terbesar atau kukuh ,seperti bumi,matahari,bulan dan bintang tetapi  semua ini terdiri atas benda mati tidak berperasaan  dan tidak berkata kata..Begitu juga jika kita lihat binatang atau pun pepohonan,ada diantaranya besar dan kuat daripada kita manusia,tetapi tetap tidak dapat berbuat apa-apa,kerana Allah tidak mencipta bersama mereka akal dan fikiran.


Ada pun kita manusia dicipta Allah beserta akal dan fikiran,dengan susunan tubuh yang sempurna menyebabkan kita manusia mempunyai kebudayaan,peradaban,semakin maju dan tidak tetap.


Kalau kita lihat kehidupan binatang,umpamanya anjing atau kucing tidak berbeza kehidupan mereka,sifat dan tabiatnya,kepandaian dan percakapan,keinginan tetap sama dan cara melakukan hidup sehari -hari tidak berubah.
Kalau pun terdapat sedikit kelainan semua nya kerana manusia yang masuk campur dalam kehidupan mereka.


Kita manusia selalu maju dan berubah...tak kira berubah semakin mundur atau semakin maju dan lihat lah manusia masa silam dan manusia kini yang moden berbeza sekali.
Ternyata tiada makluk didunia ini yang melebihi manusia,dengan ilmu pengetahuan dan kepakaran dapat pula menguasai daratan,lautan dan sebahagian ruang angkasa.
Memikirkan kejadian manusia amat besar sekali maknanya sebagaimana 
                    Allah swt berfirman;
                 'Hendaklah manusia fikirkan,dariapa dia dijadikan" (at-Tariq ;5)


Kenapa?,ayat ini menunjukkan agar kita sedar akan diri kita,jangan lah kita sombong,dan lupa diri kerana segala kelebihan yang ada  atau kita miliki.Supaya kita dapat mengurangkan kesombongan dan kejahatan kita.

 "Cubalah renungkan,bukankah telah datang kepada manusia masa,masa,ketika dia belum ada.Kami lah yang menciptakan manusia itu dari setitik air yang kami olah dalam rahim ibunya sampai lahir didalam keadaan dapat mendengar dan dapat melihat.Kemudian kami tunjuki ia untuk dapat menempuh jalan yang lurus didalam kehidupan didunia,baik manusia itu tahu bersyukur atau kafir..(ad-Dahru  :1-5)


Kalau semua ini dapat kita renungkan dengan keimanan alangkah malunya kita kerana Allah itu tidak dipandang besar oleh kita selama ini.Tapi andai mampu nya kita memikirnya pasti akan semakin kerdilnya diri kita,,semoga Allah mengurniakna kepada diri kita rasa terpesonanya kita pada apa saja kurniaan  Allah dan segala keindahaan ciptaannya.
Kita manusia selama ini amat terpesona pada dunia dan benda dan kita melupakan Tuhan yang mencipta kita dan ambil ringan atas segala tuntutan agama Islam

Benar-benar aku berharap agar sedar dengan keimanan bahawasanya benda dan dunia hanya lah alat bukan menjadi tujuan hidup.Agar benar-benar aku sedar tujuan hidup ialah dengan berbakti dan taat kepada Allah dan menjalankan ibadah yang dianjurkan dan agar mulut kita tidak bosan-bosan mengucapkan puji syukur kita terhadapnya.


Semoga bermanfaat..